Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 16, 2013

No Comment

COLOMBO – Putera Charles dari Britain berminat untuk meneroka pembiayaan Islam sebagai instrumen penyelamat dalam menangani perubahan iklim di negara-negara yang terdedah kepada ancaman dan bencana.

Putera Wales itu telah bertanya mengenai pembiayaan Islam itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan setengah jam mereka di sini Jumaat.

Pertempuan tersebut adalah atas jemputan Putera Charles.

Putera Charles dan Najib berada di ibu negara Sri Lanka sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2013.

Selepas pertemuan itu, Najib memberitahu wartawan Malaysia, bahawa Putera Charles telah bertanya kepadanya jika negara yang memerlukan dan negara dikategorikan sebagai “kecil dan mudah terjejas’ boleh mendapat akses kepada pembiayaan Islam itu.

Dalam reaksinya kepada pertanyaan Putera Charles itu, Najib berkata beliau menjelaskan ia memerlukan kajian mendalam.

Ini kerana, katanya, ia mungkin memerlukan penglibatan ‘dana berdaulat’ sama ada mereka hendak menerbitkan Sukuk untuk pembiayaan sedemikian.

Dalam pertemuan itu, Najib berkata mereka berdua bertukar-tukar pendapat mengenai Komanwel dan masa depan pertubuhan itu.

Mengenai pertemuan beliau dengan Presiden Sri Lanka Mahinda Rajapaksa atas jemputan presiden itu di sini Khamis malam, Najib berkata beliau menyampaikan pandangan mengenai potensi industri pelacongan di pulau itu.

Katanya Malaysia dan Sri Lanka juga berhasrat menjalinkan hubungan lebih baik berikutan tamatnya konflik dalaman negara itu.

“Dalam keamanan ini, potensi Sri Lanka lebih menyerlah,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment