Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 16, 2013

No Comment

Setakat membawa burung atau iguana mungkin perkara biasa tapi seorang wanita di Chicago, Amerika Syarikat membawa bersamanya seekor aligator (buaya) ketika menaiki keretapi subway, semalam.

Wanita tersebut dilihat memegang dan mengelek aligator berkenaan di ketiak sepanjang perjalanan sambil selamba berbual di telefon bimbit.

Dia juga menunjukkan haiwan berkenaan kepada penumpang lain yang ingin melihatnya secara dekat dan membenarkan mereka bergambar bersama haiwan berkenaan.

Bagaimanapun, aligator itu akhirnya ditemui pekerja penyelenggaraan ditinggalkan di bawah eskalator Lapangan Terbang O’Hare, tidak jauh dari situ.

Kini wanita berkenaan dicari pihak berkuasa sana berdasarkan rakaman CCTV untuk mendapatkan keterangan berkaitan tindakannya itu. - REM RAMZI

Sumber: METRO UK



0 comments:

Post a Comment