Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 15, 2013

No Comment

LAMA juga kita tidak mendengar cerita terbaru mengenai pelakon seksi dan kontroversi, Zahida Rafik.

Gosip panasnya yang terakhir ialah mengenai hubungannya dengan Datuk Seri Shafie Apdal yang kemudiannya dinafikan sekeras-kerasnya oleh pelakon ini.

Terbaru, Zahida dikhabarkan sudah mempunyai teman istimewa dan dijangka akan mendirikan rumahtangga pada tahun hadapan.

“Saya sudahpun mempunyai teman istimewa yang juga seorang ahli perniagaan yang dikenali sejak 8 tahun lalu. Insya Allah kami juga merancang berkahwin tahun depan.

“Saya rasa tidak perlu mendedahkan identiti si dia buat masa ini. Apa yang boleh saya katakan dia hanya orang biasa dan bukan berstatus Datuk mahupun VIP. Si dia juga baru berusia 41 tahun, masih bujang dan bukan suami orang,” katanya, memetik laporan Harian Metro.

Tambah Zahida lagi, kekasihnya itu seorang yang sangat memahami dan mereka juga saling mempercayai antara satu sama lain.

“Apa saya gosip yang dikaitkan dengan saya, tidak perlulah kami melatah kerana semua gosip itu tidak betul,” ujarnya.

Baguslah jika sudah jumpa jejaka yang benar-benar sesuai. Kalau boleh, segerakan saja perkara baik seperti ini. Barulah tenang dari gangguan gosip-gosip nakal.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment