Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 15, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas dihukum penjara lima hari dan denda berjumlah RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku mencederakan adik lelaki serta anak saudaranya bulan lepas.

Majistret, Nur Azura Murah memerintahkan Yong Fook Yuen@Yong Fook Chuen, 62, menjalani hukuman penjara mulai hari ini dan membayar denda RM500 bagi setiap kesalahan.

Fook Yuen, yang juga seorang peniaga buah, membayar denda itu.

Dia didakwa menyebabkan jari manis tangan kanan Yong Fook Heng@Yong Fook Yim, 61, seorang ejen insurans, patah di No.66, Jalan Pria 4, Taman Maluri Cheras pada 11.30 pagi 19 Oktober lepas.

Bagi kesalahan ini, Fook Yuen didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Dia juga didakwa mencederakan Yong Meng Hoe, 33, seorang jurujual, di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda.

Terdahulu, ketika merayu hukuman ringan, peguam John Dass memaklumkan bahawa Fook Yuen, yang juga seorang duda beranak tiga, menjimatkan masa dan kos mahkamah dengan pengakuan salahnya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Ahmad Poad. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment