Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 15, 2013

No Comment

SHAH ALAM – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal menerima 100 unit lori tangki air dengan kapasiti 20,000 liter sebagai usaha menambah baik operasi memadam kebakaran.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, 30 unit lori tangki akan diterima hujung tahun ini manakala bakinya akan diserahkan kepada pasukan penyelamat itu, tahun hadapan.

“Ini merupakan usaha memodenkan peralatan memadam kebakaran dan menyelamat yang kita jalankan bagi memastikan perkhidmatan kebombaan dapat diberikan dengan lebih berkesan kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Sambutan Hari Inovasi JBPM Selangor, di sini hari ini.

Beliau berkata, lori tangki itu akan digerakkan bersama-sama jentera operasi dan bertindak sebagai persediaan sekiranya pasukan berdepan situasi tekanan air rendah atau tiada sumber air mencukupi di lokasi kejadian.

Selain itu, Wan Mohd Nor berkata sebanyak 200 unit jentera Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) juga akan ditambah bagi memastikan tugas memadam kebakaran dapat dilakukan dengan lebih efektif.

“JBPM sedang berusaha ke arah memastikan ‘konsep keselamatan kebakaran menyeluruh’ dapat dilaksanakan serta memastikan masa bertindak dapat dikurangkan dalam tempoh kurang lima minit,” katanya.

Beliau berkata JBPM juga merancang untuk menambah bilangan anggota bomba separuh masa dan sukarela bagi membantu operasi menyelamat dan memadam kebakaran, termasuk penubuhan balai bomba kelas D.

“Kita juga sedang menjalankan kajian dipanggil ‘fire cover’ bagi mengenal pasti keperluan balai bomba dan penyelamatan mengikut kawasan di seluruh negara,” katanya.

Terdahulu Wan Mohd Nor diiringi Pengarah JBPM Selangor Othman Abdullah menyampaikan anugerah kepada lebih 50 anggota bomba cemerlang termasuk penghargaan kepada pesara pasukan itu.

Othman berkata JBPM Selangor turut menerima penghargaan pihak luar seperti Persatuan Pencinta Haiwan dan individu melalui khidmat khas kemanusiaan yang dijalankan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment