KUALA LUMPUR – Imam Besar Masjidil Haram, Dr Abdulrahman Abdul Aziz Assudes akan membaca khutbah serta mengimamkan solat Jumaat di PWTC hari ini.
Dijangka hampir 5,000 jemaah yang terdiri daripada perwakilan, pemerhati UMNO termasuk orang ramai akan bersama menunaikan solat Jumaat.
Turut serta dalam solat Jumaat itu nanti adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kepimpinan tingggi parti.
Dr Abdulrahman Abdul Aziz Assudes dan deligasinya dalam rangka kunjungan hormat ke negara ini yang secara kebetulan semasa berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO.
Ini merupakan satu sejarah di mana Imam Besar Masjidil Haram akan membaca khutbah serta mengimamkan solat Jumaat ketika Perhimpunan Agung UMNO berlangsung.
0 comments:
Post a Comment