George Town – Polis menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai mati tersandar di sebatang pokok di Jalan Tun Dr Awang, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt. Mohd Hatta Mohd Zain berkata, tidak ada sebarang pengenalan diri ditemui pada lelaki berkenaan yang menggenakan seluar slack berwarna hitam dan baju berjalur.
“Lelaki berkenaan tinggi dan berkulit gelap… jadi sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga yang menyamai ciri berkenaan untuk melaporkan ke balai berdekatan dengan segera,” katanya melalui kenyataan di sini hari ini.
Tambah beliau, tiada sebarang kecederaan luaran yang dikesan terhadap lelaki berkenaan yang dipercayai sudah mati 12 jam sebelum ditemui.
Mayat mangsa telah dihantar ke jabatan forensik Hospital Pulau Pinang bagi tujuan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.
(Sumber: Bernama)
0 comments:
Post a Comment