Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 14, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Polis memberi amaran kepada warga asing di negara ini agar tidak cuba membawa gelombang rusuhan di Little India, Singapura pada Ahad lepas ke Malaysia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengingatkan bahawa mereka berdepan tindakan undang-undang jika terlibat dalam sebarang rusuhan.

“Jangan cuba-cuba nak memperlekeh (kita) dengan melakukan perkara itu. Seandainya berdegil, mereka perlu berdepan setiap tindakan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lions Clubs International 2013 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkaitan rusuhan di Singapura, yang pertama dalam sejarah negara jiran itu, membabitkan 27 warga Asia Selatan.

Khalid menandatangani MoU berkaitan pencegahan jenayah itu bagi pihak PDRM manakala Lions Club International diwakili Gabenor Daerahnya, Lau Tengh Chye.

Mengulas MoU itu, beliau berkata PDRM dan Lions Clubs International merancang memperluas skop kerjasama dengan mempertingkat kesedaran orang ramai terhadap jenayah siber.

“Ini kerana ramai rakyat Malaysia menjadi mangsa penipuan Internet,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment