Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 6, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David mara ke pertandingan suku akhir Terbuka Hong Kong 2013.

Dalam perlawanan pusingan kedua yang diadakan di Hong Kong Squasy Center semalam, pemain berusia 30 tahun dari Pulau Pinang itu kalah pada set pertama sebelum bangkit dengan kemenangan 7-11, 11-4, 11-6 dan 11-5 menentang pilihan kesembilan, Camille Serme dari Perancis.

Mengenai kemenangannya itu, Nicol yang juga juara dunia tujuh kali berkata perlawanan tersebut agak sengit memandangkan Serme merupakan pemain yang layak ke peringkat akhir pada kejohanan berkenaan, tahun lepas.

"Saya mahu memberi tumpuan sejak dari awal, tetapi dia lebih fokus!.

Saya memperoleh kesabaran dalam perlawanan set kedua, beliau membuat beberapa kesilapan dan saya mengambil peluang itu," katanya dipetik dalam laman web rasmi  kejohanan di www.squashsite.co.uk.

Nicol akan bertemu pilihan kelima Jenny Duncalf dari England pada perlawanan peringkat suku akhir, esok. Jenny berjaya menewaskan pilihan ke-16 Nicolette Fernandes dari Guyana dengan kemenangan 12-10, 9-11, 11-6, 6-11 dan 11-9 dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.

Untuk rekod, Nicol telah menjuarai sebanyak lima kali kejohanan ini, sejak ia diperkenalkan pada 2008. - Bernama

0 comments:

Post a Comment