KIRKUK - IRAQ. Pasukan keselamatan Iraq menyerbu pusat beli belah Jawahir Mall dalam satu operasi untuk membebaskan puluhan tebusan, di sini, semalam.
Gabenor tempatan, Najmaldin Karim berkata, tentera mengambil masa tiga jam mengawal pusat beli belah itu daripada sekumpulan lelaki bersenjata.
“Tentera memakai baju kalis peluru, bergerak ke tingkat lima melalui bumbung sebelum melepaskan tembakan ke arah kumpulan lelaki bersenjata itu,” katanya dalam laporan Al-Jazeera
Menurutnya, puluhan tebusan dilaporkan cedera ketika operasi menyelamat dilakukan.
“Sehingga kini, kami masih menanti jumlah tebusan selepas sebahagian daripadanya diculik lelaki bersenjata,” katanya.
0 comments:
Post a Comment