Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, December 5, 2013

No Comment

JERANTUT – Seorang lelaki ditemui lemas selepas menjaring ikan bersama rakannya di Sungai Sepial, di Kampung Sepial, Kuala Tembeling dekat sini.

Mayat Mohammad Alif Khalib, 21, ditemui pada jam 4.15 petang ini berdekatan kawasan tempat dia dilaporkan hilang ketika menjaring ikan.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata pasukan mencari dan menyelamat berusaha mengesan mangsa yang dilaporkan hilang di kawasan itu sejak tengah hari.

“Polis menerima laporan kira-kira jam 2 petang tadi, mangsa dipercayai bersama rakannya menjaring ikan di kawasan itu sejak awal pagi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya gerakan mencari mangsa dilakukan polis bersama anggota bomba serta penduduk kampung selepas rakan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Tembeling.

Azid berkata polis menasihati penduduk supaya tidak pergi ke sungai buat sementara waktu kerana keadaan air kini deras dan berbahaya manakala ibu bapa juga perlu mengawal anak-anak supaya tidak bermain air kerana dikhuatiri berlaku kes lemas. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment