KUALA LUMPUR – Malindo Air menggesa orang ramai supaya berhati-hati dengan kewujudan sindiket penjualan tiket penerbangan palsu syarikat penerbangan hibrid itu.
Malindo Air dalam satu kenyataan media memberitahu, orang ramai yang didatangi sindiket itu diminta melaporkan kepada polis atau syarikat itu dengan segera.
“Malindo Air ingin mengingatkan setiap transaksi jual beli tiket yang sah akan disertakan dengan tiket dan resit sebagai bukti transaksi.
“Jika orang ramai tertipu dalam keadaan seperti itu, sila membuat laporan polis atau memaklumkan Malindo Air segala butiran yang kami perlukan,” kata kenyataan itu hari ini.
Kenyataan itu menegaskan kakitangan Malindo Air tidak pernah menguruskan perniagaan atau membuat tawaran menerusi akaun peribadi melalui mana-mana agensi tanpa arahan dan penyeliaan syarikat.
Malindo Air turut memaklumkan terdapat pihak tertentu mewujudkan produk palsu dengan motif terselindung untuk mencemarkan reputasi syarikat penerbangan itu.
Tambah kenyataan itu, tiket penerbangan Malindo Air boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web www.malindoair.com.
“Tempahan tiket boleh juga dibuat dengan menghubungi pusat panggilan Malindo Air call atau ejen pelancongan,” jelas kenyataan itu.
0 comments:
Post a Comment