Caran Johnson adalah seorang ibu dan isteri yang suka menggunakan media sosial Twitter.
Antara kegemaran Caran adalah memuatnaik tweet berkaitan berita kemalangan yang berlaku sekitar kawasan tempat tinggalnya.
Satu hari seperti biasa, dia menerima tweet berkenaan satu kemalangan dan meneruskan tabiatnya itu.
Dia turut mengulas lokasi kemalangan yang disifatkannya selalu dilalui pemandu yang suka membawa kenderaan dengan laju.
Dia juga melahirkan perasaan terkejut apabila mengetahui ada nyawa yang melayang dalam kemalangan tersebut.
Tapi lama kelamaan, tweet Caran pada hari itu makin aneh dan bercampur risau.
Rupa-rupanya, dia baru sedar, suaminya melalui jalan yang menjadi lokasi kemalangan tersebut untuk pulang dari tempat kerja ke rumah mereka.
Tweet Caran diteruskan, kali ini dia merungut risau sebab diberitahu suaminya balik kerja awal pada hari itu tapi panggilan yang dibuat tidak berjawab.
Oleh sebab makin risau, Caran cuba mendapatkan info tambahan tentang kenderaan yang terlibat dalam kemalangan berlaku tapi tak mendapat jawapan.
Dia kemudiannya menelefon 911 tapi diberitahu dia akan dihubungi semula. Saat ini dia dah mula mencarut sebab terlalu risau.
Hinggalah akhirnya, penantian Caran berakhir apabila mendapat tahu suaminya memang mangsa maut dalam kemalangan siang hari tersebut.
Ini bermakna, segala kisah dan kerisauan daripada detik awal Caran mengetahui kemalangan sampailah mengetahui berita kematian suaminya dapat diikuti secara langsung oleh pengikut Twitter Caran.
Bagaimanapun, ada seseorang yang tidak dikenali kemudiannya menghubungi Caran menerusi Twitter, memaklumkan bahawa:
0 comments:
Post a Comment