Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 29, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa semua ahlinya supaya menyertai perhimpunan pada 31 Disember ini yang kononnya bertujuan membantah kenaikan kos sara hidup.

Malah, Ketuanya, Suhaizan Kaiat memberi jaminan beliau akan turut menyertai perhimpunan di Dataran Merdeka tersebut untuk bersama-sama dengan semua ahli pemuda PAS bagi membangkitkan kesedaran rakyat berhubung isu tersebut.

“Ini bukan himpunan menggulingkan kerajaan tetapi himpunan ini adalah hak demokrasi mengikut lunas-lunas perlembagaan untuk menyatakan hasrat dan perasaan rakyat menyambut tahun 2014 dengan kenaikan pelbagai harga barang dan peningkatan kos sara hidup.

“Pemuda PAS mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk turun ke Dataran Merdeka pada malam tahun baru yang tinggal beberapa hari sahaja lagi dari sekarang,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Suhaizan seterusnya mendakwa, PAS tidak berhasrat menggulingkan mana-mana pihak melalui perhimpunan itu kerana parti itu masih percaya dengan sistem pilihan raya.

Bagaimanapun, dakwanya, perhimpunan pada malam 31 Disember 2013 ini merupakan hak demokrasi rakyat untuk berkumpul sebagai tanda solidariti terhadap kesan buruk hasil kenaikan kos sara hidup yang mendadak.

0 comments:

Post a Comment