Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 4, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 kawasan merekod bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 8 pagi ini.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan terlibat ialah SMK Tanjung Chat dengan bacaan 55, Tanah Merah (53), Nilai (57), Port Dickson (52), Banting (56), Pelabuhan Klang (56), Shah Alam (51), Kemaman (53), Paka (60) dan Batu Muda (57).

Kawasan lain mencatat bacaan IPU baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment