Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 4, 2014

No Comment

LONDON – Persaingan merebut takhta Liga Perdana Inggeris musim ini kian sengit apabila Manchester City kembali berada di puncak liga sejak Januari lalu, mengatasi Liverpool menerusi perbezaan gol.

City dan Liverpool kini mengumpul 80 mata dengan baki dua lagi perlawanan.

Dalam perlawanan pada Sabtu, City menang tipis 3-2 ke atas Everton di Goodison Park.

Edin Dzeko menjadi wira City apabila menyumbat dua gol.

City bakal menentang Aston Villa pada Rabu, dan West Ham pada Ahad depan.

Sementara Liverpool pula akan bertandang menentang Crystal Palace ada Isnin, dan menanti kehadiran Newcastle United di Anfield untuk pertemuan terakhir.

Dalam satu lagi pertemuan menarik, Manchester United tewas 0-1 kepada Sunderland, kekalahan pertama di bawah pengurus sementara, Ryan Giggs.

Ia juga adalah kemenangan pertama Black Cat di Old Trafford sejak 23 tahun lalu, hasil jaringan separuh masa pertama Seb Larsson. – Agensi

0 comments:

Post a Comment