Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 24, 2014

No Comment

Opsss.. jangan risau… jawapannya mudah.. tidak ada…. berikut adalah kenyataan penafian yang dikeluarkan oleh PDRM

Terkesan kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui media sosial dan aplikasi ‘Whatsapp’ yang mendakwa bahawa wujud taktik jenayah terbaru melibatkan sindiket penjualan bahagian badan/organ manusia.

Kenyataan bahawa mangsa diculik dan dibunuh serta diceraikan seluruh anggota badannya untuk dijual adalah TIDAK BENAR.

Gambar yang dipaparkan juga tidak ada kena mengena dengan mana-mana kes jenayah di Malaysia dan diambil dari sebuah blog luar negara.

PDRM ingin mengingatkan masyarakat agar tidak menyebarkan sebarang maklumat/info yang diragui kesahihannya kerana ia boleh mendatangkan ketakutan kepada masyarakat.

Tindakan menyebar berita atau maklumat palsu adalah satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: ACP Datin Asmawati bt Ahmad / Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) / My News Hub

0 comments:

Post a Comment