GEORGETOWN – Calon pilhanraya kecil Bukit Gelugor bagi Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan menzahirkan kekaguman beliau terhadap calon DAP Ramkarpal Singh Deo.
“Saya gembira diberi penghormatan untuk bertanding bersama Ramkarpal Singh, yang menggunakan “Saya Karpal Singh” (“I Am Karpal Singh”) sebagai slogan kempen beliau bagi pilihan raya kecil ini, ” katanya.
“Saya berharap Ramkarpal akan melakukan tugasnya sebagai seorang anak dan sebagai warga Pulau Pinang, serta berusaha menggesa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk bantu memenuhi dua tuntutan terakhir mendiang bapanya kepada kerajaan Pulau Pinang.”
Tambahnya lagi, cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh mendiang Karpal Singh kepada Guan Eng mengenai perkara berikut masih belum diberi maklum balas.
Pada Julai tahun lalu, Karpal Singh mahu pihak-pihak yang bertanggungjawab ke atas kemusnahan Bukit Gambir dan Bukit Relau dipenjara atau diberi hukuman yang lebih tegas oleh kerajaan negeri.
Cheng Guan berpendapat bagi mencapai tuntutan itu, Pulau Pinang perlu menghantar mesej yang jelas kepada kerajan sedia ada dan akan datang supaya kemusnahan alam secara terang-terangan di negeri itu tidak akan berlaku lagi.
Manakala dalam tuntutan kedua yang dibuat pada Januari lalu, Karpal Singh mahu kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menggunakan majoriti dua pertiga bagi mencabar pengharaman penggunaan 40 perkataan bagi orang bukan Islam yang telah dikuatkuasakan pada 29 April 2010.
Naib Presiden PCM itu kemudiannya menyatakan bahawa undang-undang hudud di Brunei hanya mengharamkan 19 perkataan, selain menyifatkan pelaksanaan undang-undang di Pulau Pinang lebih tegas berbanding Brunei,di mana orang bukan Islam boleh dikenakan denda RM3, 000 dan penjara sehingga 2 tahun jika didapati melanggar undang-undang tersebut.
Cheng Huan berkata dalam satu kenyataan bahawa isu ini telah dibangkitkan dalam satu sidang akhbar pada bulan Januari tahun ini namun masih belum menerima respon daripada GUan Eng hingga kini.
“Malah beliau (Guan Eng) juga tidak responsif kepada sesiapa mengenai isu ini, ” ujarnya panjang lebar.
Sumber: My News Hub
0 comments:
Post a Comment