Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 25, 2014

No Comment

BUKIT BERUNTUNG – Seorang warga emas terpaksa mengambil upah menjual kuih bahulu demi mencari sesuap nasi selepas diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan tahun lepas atas faktor usia.

Bapa kepada lima anak, Khairuddin Mat Sharif, 68, berkata, setiap hari dia akan menjual kuih bahulu seawal jam 7.30 pagi di bawah pokok sehingga jam 8 malam sejak lebih sebulan lalu.

“Kadang-kadang anak juga tegur, hari-hari jual bahulu tapi tak ada apa pun dapat. Kalau jual pun dapat RM1 saja sehari.

“Tapi pak cik kena juga jual, kalau tak mana nak ada duit nak beli makanan sebab ini saja duit untuk beli ikan masin atau lauk makan malam dengan isteri dan seorang anak kurang upaya (OKU),” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, setiap hari dia hanya menjual antara enam atau tujuh bekas kuih bahulu yang dijual pada harga RM10 dan upahnya RM1 untuk setiap bekas.

“Tapi kuih bahulu yang dijual tak pernah habis sebab tak semua orang suka makan kuih ni lebih-lebih lagi bukan senang nak berhenti dekat kawasan ini yang jadi laluan keluar masuk ke stesen minyak.

“Pak cik terpaksa jual, kalau tak, tak ada makanan. Anak-anak semua ada tanggungjawab dan kadang-kadang hanya dapat belanja sikit daripada mereka,” katanya yang tinggal bersama isteri berusia 64 tahun dan anak OKU berusia 35 tahun.

Katanya, empat anaknya sudah berumah tangga dan tinggal berjauhan dan hanya seorang menetap di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

“Sebelum jual kuih bahulu, makan minum kami hanya bergantung pada hasil jualan tin dan botol yang dikutip setiap hari.

“Hari-hari pak cik kutip botol tepi jalan sehinggalah ada orang minta tolong jual kuih bahulu. Dulu pak cik jual dalam kawasan stesen minyak tapi sekarang tak lagi. Payung ini pun masjid yang bagi,” katanya.

Tambahnya, keluarganya tidak pernah menerima sebarang bantuan tetapi dia kini sedang berusaha mendapatkan bantuan daripada pihak berkenaan.

“Pak cik juga harap ada yang dapat tolong dapatkan motor roda tiga bagi mudahkan pak cik jual kuih di tempat-tempat sesuai.

“Senang sikit jual kuih. Kalau pak cik beli dan jual sendiri dapatlah untung,” katanya. 

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment