Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 25, 2014

No Comment

MELAKA – Sebanyak 400 Kumpulan Komuniti Perwani 1Malaysia (Perwani) dianggotai 5,454 wanita telah ditubuhkan di Melaka sehingga 19 Mei lepas, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata angka itu dilihat memberangsangkan berdasarkan sasaran 250 kumpulan Perwani ditubuhkan di negeri ini tahun lepas.

“Saya berharap angka ini dapat ditingkatkan agar objektif kita untuk mewujudkan ejen transformasi wanita di peringkat komuniti tercapai dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti pembangunan wanita yang memenuhi kehendak golongan sasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2014 ‘Purple Walk’ peringkat negeri yang turut menyaksikan Idris menyertai lebih 1,000 peserta berjalan melebihi 1 kilometer menyusuri pesisiran Sungai Melaka dari Taman Rempah ke Kampung Morten.

Idris berkata kerajaan akan terus memperkasakan wanita terutamanya golongan muda dalam mengimbangi tuntutan keluarga dan keperluan kerjaya supaya mereka dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Bilangan mahasiswi di institut pengajian tinggi awam dan swasta di negeri ini juga melebihi 50 peratus iaitu 32,565 orang daripada jumlah keseluruhan pelajar iaitu 59,547 orang,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Melaka mempunyai 59 wanita memegang jawatan tinggi membabitkan polisi dan keputusan besar kerajaan dalam pelbagai bidang melibatkan lebih 200 agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment