Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 25, 2014

No Comment

GEORGE TOWN – Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM),  mendakwa terdapat ejen DAP berkumpul di perkarangan pusat mengundi untuk merayu undi pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, Ahad.

Huan yang juga calon dalam pilihan raya kecil itu, berkata perbuatan ejen DAP itu melanggar peraturan-peraturan pilihan raya yang tidak membenarkan berada pada jarak 50 meter dari sempadan pusat mengundi.

Beliau mempersoalkan kehadiran lebih 1,000 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang berada di beberapa pusat mengundi seawal 9 pagi.

Sehubungan itu, Huan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan laporan polis supaya siasatan dibuat terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

“Saya mempunyai klip video dan gambar yang menunjukkan anggota PPS ini telah cuba menarik undi dan kesemua bukti ini akan diserah kepada polis dan SPR,” katanya kepada pemberita selepas melawat dua pusat mengundi.

Terdahulu itu, berlaku pertikaman lidah antara Huan dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, Phee Boon Poh yang didakwanya terlibat dalam aktiviti berkempen di sebuah pusat mengundi.

“Sebagai seorang ADUN, beliau (Phee) seharusnya faham tentang undang-undang berkempen namun beliau tetap berdegil ketika saya cuba menegurnya,” kata Huan.

Pada pilihan raya kecil itu, Huan ditentang calon DAP Ramkarpal Singh Deo dan dua calon Bebas Muhammad Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP akibat kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment