Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 25, 2014

No Comment

Penyebaran khabar angin adalah sesuatu yang sukar dihentikan sekarang. Ia dengan mudah tersebar di laman-laman sosial apabila tiada pihak yang mahu memastikan jika ia benar-benar sahih. Contoh terbaik di Malaysia ialah penyebaran khabar angin kononnya MH370 mendarat di Yunnan China pada pagi 8 Mac lalu. Khabar angin ini tersebar sehingga pihak TV3 melaporkannya sebagai fakta sebelum terpaksa memadam “berita terkini” ini dari laman Twitter mereka.

Sepuluh tahun lalu, khidmat pesanan ringkas tersebar di Kuala Lumpur kononnya berlaku rusuhan kaum. Apa yang pasti gabungan khabar angin sensasi, laman sosial yang mudah diakses serta perangai orang kita yang segan mengkaji kebenaran sebelum menyebar boleh menyebabkan berlakunya panik. Sungguh pun begitu kita bernasib baik kerana penyebaran khabar angin di negara kita setakat ini belum sampai membawa kepada pertumpahan darah.

Ada juga di kalangan rakyat Malaysia lebih mudah percaya pada sistem pesanan ringkas SMS yang berbunyi, “Tahniah, sim card anda memenangi RMxxxxxxx”, berbanding apa yang disampaikan agensi-agensi dan pihak berkuasa bahawa mesej-mesej tersebut adalah palsu.


Di Kenya tahun lalu, penyebaran khabar angin mengakibatkan kematian 166 individu akibat pergeseran antara dua etnik. Terdapat khabar angin tanah milik kaum Orma dirampas kaum Pokomo. Tanah ini penting untuk perladangan dan penternakan lembu. Beberapa tahun sebelumnya kaum etnik minoriti India menjadi mangsa keganasan kerana mereka memegang ekonomi Kenya.


Una Hakika yang bermaksud “Adakah Anda Pasti” dalam bahasa Swahili adalah sistem khidmat pesanan ringkas yang dibangunkan bagi menghalang penyebaran khabar angin yang membawa kepada ketegangan antara kaum. Khidmat pesanan ringkas dipilih kerana ia sistem terpantas dan mempunyai akses terbesar bagi menyebarkan berita yang sahih ke kawasan pedalaman. Harus diingat di negara dunia ketiga lebih ramai orang mempunyai akses kepada telefon mudah alih daripada sumber air bersih dan tandas yang sempurna! Seorang wakil dipilih di setiap kampung untuk menyebarkan berita dan maklumat terkini daripada pihak pemerintah.

Una Hakika pada dasarnya berfungsi sebagai satu perkhimatan pesanan ringkas menyediakan maklumat tepat yang disalurkan kepada kedua-dua pihak. Jika terdapat sebarang khabar angin, mereka boleh terus membuat laporan menggunakan kod pendek ’21512′ yang juga berperanan sebagai talian utama untuk menghubungi ibu pejabat Una Hakika untuk mendapatkan penjelasan.

Elemen-elemen utama yang digunakan pada sistem Una Hakika adalah:-

Khabar Angin Yang Dilaporkan
Para pengguna Una Hakika dapat mendaftar serta membuat laporan jika terdapat sebarang khabar angin yang dicuragai fitnah dengan menghantar sistem pesanan ringkas sahaja.

Keutamaan
Tidak ada dua khabar angin yang direka dan bertujuan untuk diberi keutamaan kesahihan khabar angin tersebut. Terutamanya di kawasan Tana Delta, proses ini diberi pengkhususan dan tumpuan dengan apa-apa yang berkaitan keganasan akan diberi keutamaan.

Maklumbalas
Penerimaan maklumbalas adalah sangat penting dan penduduk akan sentiasa berkomunikasi dengan pengguna yang melaporkan khabar angin. Ini dapat membina kepercayaan di kalangan komuniti Tana Delta.

Pengesahan
Sebaik sahaja khabar angin yang dilaporkan telah mendapat pengesahan kesahihan, tugas yang seterusnya adalah untuk mendedahkan kebenaran. Terdapat pelbagai cara bagi menentukan kesahihan khabar angin termasuk dari segi perunding bagi sumber yang dipercayai, pihak jawatan kuasa ‘polis’ dan pertanyaan pengguna boleh memberikan jawapan kepada pengesahan maklumat khabar angin.

Campur Tangan
Bukan hanya bertujuan untuk memberi pengesahan kesahihan khabar angin, bahkan diberikan mandat untuk menangkap dan membuat siasatan rapi terhadap pesalah yang memulakan fitnah di peringkat komuniti sebelum ia merebak dengan lebih parah lagi. Peringkat ini melibatkan ketua, pemimpin-pemimpin dan wakil wanita dari komuniti.

Menarik melihat sistem yang kini dianggap kuno di Malaysia digunakan untuk mengalang keganasan etnik dari meletus di Kenya. Agak menarik juga melihat di Kenya berita rasmi dari kerajaan lebih mudah diterima oleh rakyat sebagai fakta. Ini berbeza dengan apa yang berlaku di Malaysia di mana majoriti pengumuman dari pihak berkuasa dianggap tidak benar. Adakah teknologi membuatkan orang Malaysia menjadi sangat curiga dan paranoid berbanding warga Kenya?

Sumber: Una Hakika, thesentinelproject.org

Oleh: hzqahmd

0 comments:

Post a Comment