Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 24, 2014

No Comment

Hasil kutipan tabung derma kilat yang dimulakan oleh laman Facebook Daily Traffic Report menerima jumlah yang amat memberangsangkan sekaligus ia bakal menjamin masa depan anak-anak mangsa kemalangan ngeri di Jalan Cheras pagi semalam.

Satu kemalangan ngeri berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam di susur Jalan Cheras untuk masuk ke Jalan Chan Sow Lin yang meragut nyawa pasangan suami isteri Jefri Mohd Zain, 50, dan Noorsalawati Ibrahim, 40, yang maut di tempat kejadian.

Pasangan itu meninggalkan lima orang anak berusia antara dua hingga 16 tahun.

Berkenaan kutipan derma kilat itu, terdapat beberapa pihak yang membuat pindahan wang yang besar jumlahnya dan ia memeranjatkan pihak pengurusan laman itu.

Memandangkan jumlah kutipan semakin meningkat, pihak Daily Traffic Report terpaksa membuat satu laporan polis berkenaan jumlah itu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Beliau berkata pindahan wang yang paling banyak dilakukan ada yang mencecah lebih RM700 dan itu menunjukkan ada ramai lagi rakyat Malaysia yang masih prihatin kepada orang-orang yang memerlukan.

Tahniah diucapkan kepada laman Facebook Daily Traffic Report yang segera bertindak dalam menangani isu-isu seperti ini.

Biarpun kanak-kanak ini mengalami tragedi terbesar dalam hidup mereka tetapi rakyat Malaysia masih sedia menyumbang sedikit rezeki untuk mereka untuk menyambung kehidupan khususnya pelajaran.

Orang ramai yang ingin turut sama menyumbang kepada kutipan berkenaan bolehlah menghubugi pihak pengendali laman Facebook berkenaan di talian 017-3277902

Sumber: Ibnu Khusairy Aris / My News Hub

0 comments:

Post a Comment