Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 3, 2014

No Comment

BENTONG – Kerajaan negeri Pahang akan mengedar 35,000 buah buku panduan perniagaan kepada usahawan, peniaga dan penjaja sempena Program Informasi Jelajah Usahawan yang diadakan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, buku itu mengandungi pelbagai panduan perniagaan, antaranya alamat dan senarai nombor telefon agensi dan syarikat GLC kerajaan yang berkaitan dengan usahawan.

Katanya, ia termasuk Tabung Usahawan Nasional Berhad (TEKUN), Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (AIM), Bank Pembangunan, Agro Bank, Giat Mara, dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Langkah itu bertujuan untuk memudahkan usahawan, peniaga serta penjaja mendapatkan maklumat dan berurusan dengan agensi terbabit terutamanya dalam mendapatkan pinjaman, dan khidmat nasihat.

“Kerajaan negeri berharap dengan adanya panduan tersebut ia akan memudahkan golongan ini mengembangkan lagi perniagaan masing-masing selaras dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan seramai 15,000 usahawan sebelum akhir tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika kepada pemberita selepas merasmikan Program Informasi Jelajah Usahawan dan Karnival Jualan Barang-barang Keusahawanan peringkat daerah Bentong di sini, semalam, yang disertai 40 buah agensi dan syarikat GLC.

Shahiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Dong berkata, sebanyak 3,000 hingga 5,000 buku panduan akan diedarkan kepada usahawan, peniaga dan penjaja pada setiap program itu di setiap daerah dan sebagai permulaan kira-kira 3,000 buku berkenaan diedarkan semalam.

Beliau turut menggesa usahawan supaya berkunjung ke setiap program informasi jelajah terbabit bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan peluang perniagaan yang disediakan kerajaan dalam usaha membantu mereka meningkatkan bidang perniagaan.

“Kerajaan negeri dan pusat komited untuk membantu usahawan, peniaga dan penjaja supaya mereka dapat memajukan bidang perniagaan dengan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk pinjaman.

“Kerajaan bersedia melakukan apa sahaja untuk kepentingan rakyat supaya rakyat dapat menikmati pelbagai kemudahan serta keselesaan,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment