Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 3, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap penuntut universiti yang mengambil bahagian dalam perhimpunan membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka, Khamis lalu.

Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata pelajar seharusnya sedar tindakan mereka jelas menyalahi undang-undang dan menjejaskan masa depan.

“Apabila ia (undang-undang pelaksaaan CBP) telah dipersetujui dan dikuatkuasakan, ia tidak boleh dicabul dan apa sahaja yang mahu dilakukan seharusnya mengikut lunas perundangan.

“Pelajar juga perlu sedar tugas mereka adalah menuntut ilmu dan memenuhi harapan ibu bapa, bukan untuk berpolitik kerana ada tempatnya jika mahu berpolitik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Planting for the Future’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Program bertemakan ‘Hutan Kita@IIUM’ dirasmikan isteri bekas Perdana Menteri Tun Jeanne Abdullah yang juga pengerusi Lanskap Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dengan program pemuliharaan alam sekitar sejak 2009.

Rais yang juga Presiden UIAM berkata universiti itu sedang menunggu maklumbalas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya terdapat pelajar mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat ini, tiada siswazah kami yang dikenal pasti terlibat,” katanya.

Rais juga kesal dengan tindakan sebahagian peserta perhimpunan yang membawa anak-anak kecil kerana perbuatan itu tidak wajar selain ia bukan perbuatan yang dilakukan masyarakat negara maju.

Perhimpunan pada Khamis yang bertumpu di sekitar Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya dianggar disertai kira-kira 15,000 orang.

Mengulas mengenai program itu, Rais berkata sudah tiba masanya agar nilai mencintai alam sekitar diterapkan dalam kalangan pelajar dari usia muda, yang diibaratkan membesar dalam persekitaran ‘hutan simen dan konkrit’.

“Kita tidak digerakkan untuk mencintai alam, sedangkan hidup di kawasan pekan pun kita masih boleh menanam pokok dan setiap pokok itu akan dapat membantu keharmonian ekosistem,” katanya.

Sebanyak 700 pelajar dan petugas UIAM dengan sokongan Lanskap Malaysia menanam 2,014 pokok hutan hujan di persekitaran kampus universiti, yang
disifatkan Rais ‘menepati moto universiti sebagai taman ilmu’. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment