Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 3, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menasihatkan petani tempatan agar menanam terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran organik kerana wujud permintaan terhadap produk seumpama itu.

Beliau berkata rakyat kini lebih mengambil berat tentang kesihatan mereka dan memilih untuk mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan organik walaupun harganya mahal sedikit.

“Berbanding dengan yang bukan organik, buah-buahan dan sayur-sayuran organik adalah lebih mahal kira-kira 20 hingga 25 peratus kerana tiada penggunaan racun perosak.

“Oleh itu, ia lebih sihat, lebih selamat dan berkualiti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jenama buah-buahan dan sayur-sayuran organik Kedah Agro di sini hari ini.

Kedah Agro, syarikat di bawah kerajaan negeri telah bekerjasama dengan MK Orchard Sdn Bhd untuk mengembangkan dan memantapkan pengeluaran produk organik Kedah.

Apabila ditanya tentang mengeksport produk tersebut ke negara lain, Mukhriz berkata tiada rancangan seumpama itu buat masa sekarang.

“Buat permulaan, kita mahu mementingkan diri sendiri dahulu. Kita mahu pastikan produk kita memenuhi keperluan untuk rakyat Malaysia sahaja dan jika terdapat lebihan, kita mungkin eksport ia ke luar… mungkin ke Singapura,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment