Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 25, 2014

No Comment

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima Pulau Pinang RSN Rayer yang terus berdegil dan enggan meminta maaf ekoran kenyataan UMNO celaka, mengheret sekutunya PAS dalam isu yang semakin panas.

Menurut Rayer, hal ini jadi kontroversi kerana DAP yang memaki UMNO bukannya PAS.

Wakil rakyat DAP itu berkata, ahli parlimen PAS Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa memberitahunya perkara ini tidak jadi isu jika PAS yang memaki UMNO.

Malah, Rayer ketika ditemui di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Mohammad Noor Ahmad di Bkit Gelugor, Ahad menyatakan, perkataan celaka itu biasa bagi orang Pulau Pinang.

Ujarnya, perkara berkenaan sengaja dipanaskan kerana faktor Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan

Malah, beliau menjelaskan langsung tidak terjejas dengan ancaman yang diterima susulan kebiadapannya itu dan meneruskan aktiviti seperti biasa.

Sehingga kini bantahan UMNO dan NGO Melayu terhadap perbuatan menghina itu menular bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi di Kuala Lumpur dan Pahang

Perbuatan itu dikecam ramai pemimpin UMNO termasuk Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rayer bukan sahaja mengeluarkan kenyataan itu ketika sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Selasa lalu tetapi mengulanginya dalam ceramah PRK Bukit Gelugor.

Sumber: BBNC

0 comments:

Post a Comment