Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 11, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menyerahkan jawatan pengerusi Persidangan Menteri-menteri Asean Bertanggungjawab bagi Maklumat (AMRI) kepada Myanmar dalam mesyuaratnya yang ke-12 esok.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata beliau akan mewakili negara dalam mesyuarat itu yang diadakan di Naypyidaw.

“Saya akan menyerahkan jawatan pengerusi yang dipegang oleh Malaysia dalam AMRI ke-11 iaitu sejak 2012 hingga 2014 kepada Myanmar”, katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Jailani berkata sepanjang mempengerusikan AMRI ke-11, Malaysia telah berjaya melaksanakan gerak kerja penting termasuk 18 projek yang menyentuh bidang-bidang seperti radio, televisyen, penyiaran digital dan produksi.

Katanya, tiga jawatankuasa turut ditubuhkan semasa mesyuarat Pegawai Kanan Bertanggungjawab untuk Maklumat Asean (SOMRI) tahun lalu iaitu Jawatankuasa Kandungan dan Produksi yang menyaksikan Malaysia sebagai pengerusinya, Jawatankuasa Penyiaran Digital serta Jawatankuasa Informasi, Media dan Latihan.

Jawatan pengerusi AMRI diadakan mengikut sistem giliran abjad dalam kalangan 10 anggota Asean.

Persidangan yang diadakan setiap dua tahun sekali bertindak sebagai platform untuk membincangkan isu maklumat, hala tuju perancangan dan projek-projek yang akan membantu menggalakkan pemahaman dan kesedaran Asean.

Jailani berkata penubuhan Komuniti Asean 2015 menjadi antara perkara yang akan dibincangkan dalam persidangan kali ini.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment