Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 11, 2014

77 comments
Alangkah bahagia rasa hati sekiranya dapat menjadi Raja Sehari dengan pelamin yang begitu indah sekali ya?

Walauapapun berhati hatilah ketika memilih wedding planner kerana ini SiakapKeli.com menerima aduan yang mana rekaan pelamin yang mereka tempah itu indah khabar dari rupa.

Review ini dibuat terhadap pereka pelamin Lots of Love  - bridal dari Kuala Lumpur.

FB Lots of Love (Page ni dah ditutup)

Ini kisah mereka...

Masa mula-mula plan, rasa macam betul ke nak ambik bridal dari KL ni, sebab takut kos mahal. Kos travel lagi, penginapan lagi. Last-last decide, tapelah, tolong member. Ini gambar contoh pelamin yang aku agree:


Ni gambar yang dia bagi kat aku. Masa mula2 dapat, aku tau dah ni mesti dia amik dari page org lain. Aku siap google image, and memang betul pun dia amik dari page lain. Sedapkan hati, maybe dia just amik as contoh. So aku pun mintak la pelamin yang betul2 dia yang buat.


Ini pelamin yang dia buat sendiri. Katanya la. Ana (bukan nama sebenar) cakap, pelamin aku akan jadi macam ni. props semua sama. Aku pun layan.

Al kisah ceritanya bermula begini.

Service – Mula-mula service memang thorbaik. Aku siap suruh dia datang Johor dulu sebab nak suruh dia tengok tempat pelamin. Ana pun turun la Johor dengan baby dia yang baru je lahir, melihat kawasan. Ukur punya ukur, diskas2 and decide buat macam mana. Ana pun ada bagi cadangan2 yang menarik, so boleh kita guna untuk tambahan2 idea.
Aku kahwin Sabtu, 31st May 2014. Bayangkan, hari Jumaat, sehari before kahwin, tengah hari tu aku asyik call Ana, tak berangkat. Mula2 dah risau dah, tapi tak apa, sedapkan hati. Maybe ada kerja la tu kot. Tak lama lepas tu, baru dia angkat, “Dali, kita tengah make up orang ni”. FINE.

Beberapa jam kemudian, aku call lagi, tak berangkat. Masa tu dah petang Jumaat. Pelamin tak pasang lagi. Risau serius risau. Aku mesej, bila nak sampai. Lepas tu baru dapat reply, “Dali, husband kita baru bertolak.”

Aku macam whatttttttttttt. Masa tu dah pkul 3 lebih, baru nak bertolak? Habis tu sampai dalam pkul berapa? 7 petang? Member2 dah cuba tenangkan pengantin. Tak apa lah, biasa la tu ada yang bridal memang pasang pelamin lambat pun. Aku tanya, kenapa gerak lambat, kata pasang petang. Dia balas, “Suami kita nak gerak after solat jumaat.”

And guess what. Dah nak dekat pukul 7 aku call, tak angkat2. Berkali2. Macam2 sms aku bagi. Sedih tak sedih, pukul 7 malam, tak ada kabar berita. Lepas tu tak sampai2. Aku masa tu memang sedih tahap alahai….. Memang dah meleleh je air mata. Sedu sedan. Tatau kenapa dia buat sampai macam tu sekali. At least, angkat lah phone, ni senyap je. Aku dah call husband dia, pun tak berangkat jugak. Aku call time whatsapp dia online, memang tak berangkat.

Pukul 8 malam, baru dapat response. Terkejut aku. Rupanya tak bertolak lagi. Subhanallah… Aku nak taip ni pun, sakit dada bila ingat balik saat2 malam tu. Haih…. Katanya, pukul 10 baru nak bertolak. Habis tu tadi tu apa? Kata bertolak dah? So maknanya sampai dalam pukul 1-2 pagi la kan. Masa tu memang asyik menangis je. Nasib baik ada bridemaids yang tolong tenangkan aku. Kakak2 and family pun semua tenangkan. Aku dah nangis teresak2 sedu sedan bagai.

Family suruh tido, aku pun tido. Sebab memang semua masa tu dah ready, aku pun memang plan nak tido awal. Pukul 10 tu da tak buat apa dah, cuma pelamin je yang tak pasang2 lagi. Aku set alarm, pukul 1:30 pagi. Bangun2, cepat2 check hp, tak ada sms, tak ada misscall. Call husband Ana, nak tanya dah sampai mana. And guess what, dia cakap dekat Nilai. Nak minum2 dulu. Subhanallah. Masa tu jantung da nak tercabut. Apa ke hal nya kata bertolak pukul 10, tapi pukul 1:30 baru sampai Nilai???????? Siap cakap nak minum2 dulu tu. Kalau korang jadik aku, apa perasaan. Lepas tu kalau 1:30 pagi baru sampai Nilai, sampai johor pukul berapa? 4 pagi? siap pasang pelamin pukul berapa? 6 pagi?

Di pendekkan cerita, korang sendiri paham2 lah perasaan aku masa tu. Memang tak boleh tidur dah. Mak suruh solat. Aku solat hajat, solat taubat, dah tiup dah Al-Fatihah dekat suami dia, supaya cubalah faham perasaan aku ni. Berdoa jugak dekat Allah semoga tabah hati menghadapi dugaan… Sedihnya bila ingat balik waktu2 tu. Aku pulak bukan jenis melenting2, ikut hari rasa nak maki hamun je. Tapi tak pandai (T_T)
Pukul 4 pagi, aku call, dekat mana? Nasib baik angkat. Dekat Tangkak. Tercabut jantung lagi. Tangkak – Kluang, lagi dua jam. Abis tu pelamin sampai pukul berapa? 6 pagi? Pasang2 semua, siap pukul berapa? Yang aku geramnya, suami Ana, cakap tanpa rasa bersalah. Aku cakap, mana ada orang pasang pelamin pukul 6 pagi.. dia cakap, ‘ha tu aa… tapi nak buat mcm mana kan..’ Subhanallah.. Ada jugak manusia macam ni..

Pukul 5 pagi aku da start mandi, siap2 nak ke tempat kenduri aku. Sampai sana, bridemaids aku semua dah bangun.. Sejuk sikit tengok diorang da start tolong2 kemas barang. Lega aku ada yang bagus macam diorang ni. Dah pukul 6 pagi ni, aku pun call la Afiq. Tak berangkat. Aku call banyak kali. Tak berangkat. Jam da dekat pukul 6:30 pagi. Aku masuk bilik pengantin, solat subuh. Bila solat subuh, mengadu padaNya, aku rasa sebak sangat2. Sangat2. Aku menangis lagi pagi tu. Beristighfar banyak2. Kenapalah diorang tak angkat phone… Pukul 7 pagi, pelamin masih tak di pasang. Majlis start pukul 9 pagi.

Kak Liza, juru mekap aku, dah sampai. Bila dia tau pelamin tak sampai lagi, dia pun risau. Kak Liza sangat2 lah bagus. Aku pun mulakan mekap, dengan pelamin yang masih tak terpasang.

Pukul 7:30 pagi, bridemaid aku bagi tau, ‘Kak Dali, diorang dah sampai’. Ya Allah…………. Leganya subhanallah… Legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat2. At least diorang datang la kan. Aku memang sangat2 lega. Aku dah malas nak pikir apa dah masa tu. Cuma bila pihak lelaki datang, diorang masih lagi pasang2 pelamin.. malu memang sangat lah malu..

Selesai mekap, aku belum ada kesempatan nak tengok pelamin macam mana, sebab aku mekap dekat tingkat atas. Hopefully, macam yang aku nak.. Bila tok kadi panggil turun, benda first yang aku nak tengok bukanlah Kamil, tapi pelamin. haha. Risau weh masa tu. Tetapi, apakan daya, kecewa. Kecewa. Kecewa. Pelamin tidak seperti yang dijanjikan. Aku bayar RM2500 untuk pelamin di bawah.


Beza tak? sgt beza. Benda bulu2 tu entah ke mana, meja entah ke mana.. dengan kerusi dah berkulat bagai.. aku tatau la daun2 gantung tu, katanya penuh, aku tengok jarang2 kemain. color dah berwarna warni bagai. caca merba. tolak bunga telur tu, sebab bunga telur yang cantik tu abg n kakak ipar aku yang buat.


Ni bantal berlubang, terbakar bagai dia bagi kat aku..


Tempat merenjis yang dah tertanggal, ada tiga je mangkuk. Patutnya ada 4, suami Ana dengan selamba je ckp, ‘patah lagi satu’

Pernah tak rasa geram, yang sampai tak tau nak cakap apa. Dah lah tak angkat phone bila call. Habis majlis, husband confront dekat husband Ana. Boleh husband dia cakap, ‘kitorang tatau apa2, kitorang cuma ikut cakap bos je.’ Paling aku geram, dia cakap ‘Saya pun lupa ada kena pasang pelamin hari ni’. Terkejut aku bila dia cakap macam tu. Afiq asyik cakap, apa2 tanya Ana. Saya tak tau apa2. Oh mai. Korang duduk serumah, tidur sekatil kot. And yang aku peliknya, tiap kali aku mintak quotation, Ana (Bukan nama sebenar) akan cakap, kejap kita tanya husband kita dulu. Lepas tu husband dia boleh cakap dia tatau pape pasal bisnes Ana ni. Ya Allah..

Apabila selesai majlis, pelbagai cerita aku dengar pasal Afiq ni. Daripada saudara mara dan rakan2. Walaupun diorang dah trang tang tang datang lewat, masa diorang pasang pelamin tu, kawan aku cakap, diorang tak bersungguh pun nak pasang dengan cepat. Siap ada masa lagi nak berhenti sekejap smoking. Haih.. memang tatau lah nak cakap apa..

Kecewa memang sangat lah kecewa. Sedih. Sedih yang teramat. Tapi benda dah jadi, tak boleh nak ulang balik. Kalau lah boleh di ulang semula, memang aku tak ambik bridal ni. Tak ada satu pun yang bagus. Harga mahal, service teruk. And diorang tak profesional pun. Sebab Ana and husband dia dua2 ada kerja tetap lain. Bridal ni part time je. So memang caca merba la. Ye lah aku ni niat nak tolong member, tapi, ini yang dapat.. Haih…

Mak kata, muhasabah diri. Sekarang ni aku redha. Redha memang redha, tapi bila ingat2 balik, sakit nya hati… itu je hari yang aku ada.. aku memang plan semuanya awal, tapi apakan daya, kita hanya merancang, Tuhan menentukan… At least ada la jugak pelamin kan. Daripada tak ada. It could be worst.. (nak sedapkan hati). Alhamdulillah dah selamat pun jadi isteri orang. Nasihat kepada yang bakal nak berkahwin, tak payah lah nak tolong2 member kalau menda2 macam ni.. banyak lagi cara korang boleh tolong member.. too risky kalau nak involve hari bersejarah korang.. and kena kuat mental bila benda2 macam ni jadi… masa aku meleleh2 air mata meroyan masa pelamin tak sampai2, berapa kali cakap dalam hati, ‘it could be worst’. ulang banyak2 kali. and true, it could be worst.

Member aku cerita, ada sorang pasangan ni pun terkena lebih kurang macam aku. Tapi lagi teruk, siap keluar dekat sinar harian lagi. Saman bagai. Aku ni tak mampu la kan nak kluar dekat sinar harian. Mampu tepek dekat blog sendiri yang ada la 2 org baca seminggu. Kalau ada yang nak share dekat FB, dipersilakan. Apa2 pun, untuk bakal pengantin, berhati2 lah memilih bridal. Jangan sebab nak tolong kawan, diri sendiri tergadai..

Aduan dan Kredit: FMF
Sumber: Dierlufeng

77 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Bersederhana dalam apa2 perkara

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg lah dia bersederhana... masalahnya bridal tu x proffesional n x komited. ni bukan pasal berlebihan ke apa. bila nk tlg kwn ni lak jdnya... sepatutnya dia kene tau dateline dan bukan keje masa yg btul. bukan main2 dan sambil lewa

      Delete
    2. Betul jane,...masalahnya, janji lain, buat lain...sabar jane......ada khidmahnya......

      Delete
    3. Serius? Bro faham ke x moral cerita ni?

      Delete
  3. kerusinya berkulatt???siyes xcantek..sory to say..sian awak..

    ReplyDelete
  4. Ambik dekat2 dah la.. kalau dari jauh untuk rm2500 still murah lagi.. tapi tula,hasil tak sama macam gambar.. kalau plamin atas tu komfirm2 la rins suzana punya,mana nak dapat harga rm2500 dari KL ke Johor.. bersabarlah pengantin ye,asalkan selamat nikah.. Selamat Pengantin Baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju...mmg x dpt 2500 dgn cost servis n transport dr kl ke sane lg...even klu buat kat kl sendiri pn mmg xdpt kualiti mcm dlm gmbr yg dia tunjuk tu..kualiti bunga sndr pn ade byk gred wlupun artificial...so berhati hati ye...

      Delete
  5. kesiannya..fhm sgt2 prasaan awk..

    ReplyDelete
  6. nk saman leh je,uhuh.. servis xikot diskripsi yg dijanjikn,..huh

    ReplyDelete
  7. Sian yer..pelamin adik akk punya lagi cantik.kos pon sgt2 berbaloi.cuma rm1.5k sekali dgn make up, meja mkan beradat n pelamin serta bju 2psg..

    ReplyDelete
  8. yes, niat kita nk tolong kawan akhirnya mkn diri sndiri. sy pn penah kene tp pasal gambar. terkilan sgt2 sbb gambar nikah & sanding sebelah saya xde..almost 4 years..no refund no everything. Ucapan maaf pn xde. & silap sndiri jugak sbb percaya & percaya ats dasar 'kawan' bayar full payment tp hasilnya langsung xnmpk.. xtau la mcm mn dia bg anak bini makan dgn duit haram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pon terkena dgn bridal ni. Nma bridal tu al fafa,tp sbnrnya dia da kuar dr syrkt al fafa tp buat bridal ats nm tu.asalnyer sy xtau..slps jmp owner syrkt tu br tau..dia tipu. Sy pya wedding buat dlm dewan banquet. Tp ms sanding tgk pelamin mcm xsiap..pya luruh ati sy malu sgt2..xtau nk letak mn muka ni.dgn bunga xde..kain tabir juz gantung mcm kain langsir tanpa olahan..mmg sgt2 teruk.catering pulak dtg lmbt..lgla haru....rombongan kawen sampi xcukup mkn.meja vip x dihidang dlm tpt lauk..lauk pengantin mcm lauk tetamu.rs nk blk je.habis mjlis kmi nangis mengenang nasib yg d timpa.smpi skang owner bridal tu xbg refund ke ape..mmg hdp diorg xkan selamat dunia akhirat krn aniaya org.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  9. Pernah kena jugak mcm ni tp baju pengantin, kita mintak dia design baru 1 week before wedding pergi ambik baju rupa2nya dia alter jer baju yg dah ada. Punyalah sakit hati. Kita bayar beribu2 utk baju yg baru.. at last dia boleh recycle jer baju yg ada. Dah lah x cantik. Sedih sangat.. :(

    ReplyDelete
  10. keji wedding planner ni..... kalau aku pengantin.... dah pengsann....kat tangga tu...

    ReplyDelete
  11. bg tau nama compny at least di masa hadapan bila nk buat majlis compny ni yg first skali kena boikot, bkn aku je yg boikot, 7keturunan aku nk boikot compny tahi kucing ni, bak mai sat nama compny...

    ReplyDelete
  12. Ya Allah..keciannye awak.. kalau saya pon mau meroyan kot..gila ah..da la bayar mahai..service cm taik je diorg nih.... saya pulak yg geram....huhu

    ReplyDelete
  13. Dh pernah kena masa kahwin dulu...dah rasa dah.bayar rm 7500 tp hasil nya mcam rm 700 je....

    ReplyDelete
  14. OMG sian yer awak..pengajaran kepada semua orang jangan la ada niat nak tolong kawan..prinsip saya senang nak berjaya kena usaha lebih..kalau nak harap tolong dari kawan ko tak payah business baik balik umah tido.penah kena dengan kawan buy keta kat die..tak boleh harap..saya siap recomend kawan lain nak buy keta kat die.
    sekarang saya tak kan ada mentality macam nie dah..sabar yer ..ada hikmah disebaliknya..

    ReplyDelete
  15. Simpati... Syukur alhamdulillah segalanya dah selesai & Selamat Pengantin Baru. Setiap kita ada pengalaman yg tersendiri ketika menjelang hari yg penting ini. Why not kongsi kepada pembaca, sekurang2nya nama company tersebut, agar bakal pengantin yg lain blh lbh berhati2 dan dpt mengelak drpd kena tipu. Mereka mungkin tergamak dan mampu menipu lagi.

    ReplyDelete
  16. Bende2 mcm ni mesti jadi punye... sian u.. I pun pernah kena, janji baju baru siap ukuran semua design yg I nak, bile mak andam dtg, die bawak baju lama n cakap kalau nak baju baru tambah lagi 6 rTus... last2 bile kena bambu, bawak gak baju yg baru mcm I nak tp die x dtg make up kan, suh org lain.. kejis sgt

    ReplyDelete
  17. report dekat tribunal aduan pengguna...mmg sedih cerita awk..kita pun ada cerita sedih masa kawen..bezanya part baju...bridal tu kekwat gila..dhla dekat dgn rumah..pelamin + baju harga 3600 plak tu..tp hampeh..

    ReplyDelete
  18. sebagai salah seorang yg terlibat dalam bidang ni, saye rase takot kalau2 ade terjadi macam ni, saya akan ambil iktibar dari apa yg terjadi. mmg ade byk mslh dlm buat bisnes ni lagi2 tuk dapatkan kepuasan pelanggan tapi inshaAllah saye berjanji dengan diri sendiri supaye tidak buat pelanggan saye sedih mcm akk ni..

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. Pls la x perlu kot soalan mcm tu. That not even related with this issue. Come-on la...

      Delete
  20. My brother in law pun penah kene. Nak tlg kawan punya bisness. Dia buatkan kad undangan... sebelum buat dh discuss nak buat mcm mana? Tp bila dah siap....... hanya kertas A4 di print dan potong dua.... hampehhhh..... better cari org yg mmg buat bisness tu.... org berbisness sbb nak bagi manfaat pada org lain. Bukan menyusahkan org.....

    ReplyDelete
  21. Well for me kalau pelamin tu susah la sket, , tapi bab baju seelok nya make sure buat fitting dulu,, dan pasti kan baju tu depan mata atleast 4 hari sebelum majlis...kalau I buat dulu pun I siap make upkan skali just utk fitting,, so masa majlis nanti my self pown tak kelam kabut,, sebab dah tau dah apa nak buat.

    ReplyDelete
  22. patutnye tak payah ade pelamin pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong 100%. Bersanding hukumnya jelas haram....

      Delete
    2. Yup..couldnt agree more..lantak la nak mengata apa pon..

      Delete
  23. Langsung x pro la..bgus juga la sdh close bridal tu klu x ramai lg kena

    ReplyDelete
  24. Sy pn pernah mengalami perkara yang sama tp baju..sabtu majlis khamis bru dpt tgk baju resepsi yg cm haram..mcm baju siap yang blh dibeli di butik peace atau 1st lady..kt butik tu lagi cantik kot..ni kes staf nk buka bridal jgk tp guna brg owner bridal ..menangis jgk sy mlm tu..nasib baik sy dpt contct owner n reveal wat actually happen..bdk tu dtg minta balance lps majlis langsung sy xlyn..

    ReplyDelete
  25. Puhhj aku heran tol r,pelamin duduk kejap je makan ribu2,tp bab p a system je nk rege murah,kite org dr pg smpai ke ptg,tu pon siap nk mntk kurang,kalu pelamin 2 3 riban padahal nk dudk kejap je bley lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun trlibat dlm urusan pa system majlis khwin. Di tempat sy, pelamin dan rakaman gambar/video boleh cecah harga ribu... tpi pa system.... purata rm500 je...sedih2...

      Delete
  26. perkara yang sama pernah berlaku pd sy jugak..tp ok la psng pelamin pkul 12 tgahmalam,.n langsung xsama mcm apa yg dibincangkan, tak sama langsung mcm dlm gambar,,,padahal 3 kali sy dtg ke kedai untuk bincang pasal pelamin,,sedih sangat bila hari yang kita mahu diibaratkan sebagai permata segala hari bertukar jadi hari sedih,,naik pelamin pon rasa nk meleleh air mata:(

    ReplyDelete
  27. http://lotsoflovecollection.blogspot.com

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. OMG. This is so sadis. Tapi maybe boleh tahan lagi la. Cuma terbakar la hati bayar mahal2 tapi hampehs. Kalo harga 500 ke tahan la jugak. Dah r pelamin je. Kt kuantan boleh dpt rm2500 full package siap pelamin cun gila. Ada hikmah kot. Cuma pernah dengar wedding orang dulu, kena tipu ngan wedding planner, catering x sampai2 and kul 1.30 backup catering baru sampai. Super sadis. Org yg datang kul 12 sume makan nasi bungkus bapak pengantin beli kat kedai.

    ReplyDelete
  30. kalau leh reveal nama bridal tu lagi bagus, so that kita tahu mana yang boleh elak.. yelah diaorg ni takkan nak pasang pelamin awal2.. ada cousin saya tu, dkt kedah.. datang lambat, siap pasang segala, memang pelik sgt pelamin tu, siap berabuk bunga2 yang dia letak tu, takde diaorg nak lap2 dulu.. aduhaii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya setuju reveal nama syarikar...

      Delete
    2. Betullah tu buat apa rahsiakan lagi....orang macam tu lebih baik tak involve dalam perniagaan ni. biar semua orang tahu...biar dia buat kerja lain. Kalau tak confiden boleh sedia servis yang tip top jangan jadikan maruah orang sebagai bahan research...aku benci betul dengan orang macam ni.

      Delete
  31. Nauzubillah...
    Terkejut bila baca banyak pula kes2 begini ya? Ada hikmahnya Allah nak tunjuk... tetapi sudah tentulah pengalaman melaluinya itu sangat perit... alhamdulillah segalanya dah selamat... redha...

    ReplyDelete
  32. Utk pengetahuan semua, kita blh saman melalui tribunal..mmg leceh tp percayalah ia mmpu beri pengajaran kpd bridal tersebut dpd terus aniaya org.kwn sy pnh x puas hati, rwport dan berjaya dpt semula half dpd jumlah yg dibayar.ok la kan, dpd x dpt ape2..sekurang2nya kita puas hati

    ReplyDelete
  33. Owh giler. Memang giler. Kalau kena kat aku memang hentam bridal tu kaw2 punya. Memang sakit hati. ����

    ReplyDelete
  34. Kalau aku yg kena , masa majlis aku akn sbr sehabis-habis je tapi bila majlis selesai . Memang aku sembur kaw kaw punya . Bingai . Dia fikir RM 2500 tu serupa RM 2.50 ? Aku baca pun panas dgn org mcm ni.

    ReplyDelete
  35. patutnya tulis je nama bridal tu..biar smua tau dan berhati2

    ReplyDelete
  36. 2500 mmg tu la pelamin yg dierg bg. gmbr yg kau tunjuk tu pelamin tu rm 13-15k dik oiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bullshit 13-15k. 2.5k pun at least done properly. Bkn cincai. Klu ko yg kena baru ko tau langit tggi ka rendah. Mini pelamin 800+ aku pun lagi cantik dr penipu2 ni buat.

      Delete
    2. Kejadah 13-15k... 13-15k tu bleh dapat harga pelamin fresh flower yg jauh lg cun.. merapu...

      Delete
    3. Tapi mana ada pelamin 2.5k dah la ni... tak masuk akal lah.... walaupun kawan kawan dgn harga tu transport tol dan tempat tinggal saya sendiri x nak buat sebab tak berbaloi dan penat.... saya 2.5k pun dah boleh buat bunga fresh kat pelamin siap bunga meja pengantin .... kalau dekat area shah alam lah... tapi jauh tu kl ke jb 2.5k memang gitu lah hasilnya yg dapat.... fb saya cantiknyaflorist@gmail.com

      Delete
    4. ada la pelamin 2.5k tu.. buktinya 31.5.2014 ari tu adik saya baru je melangsukan majlis kawinnya.. tetamu yang datang semua puji pelamin cantik walaupon bayaran cuma 2k je.. servis pon ok..

      Delete
    5. Kepale hotak ko sampai 13k. Pelamin ni harge 1.5k je la, sbb tak gune panel pelamin pun.

      Delete
    6. Mana ada pelamin 13-15k mcm tu. Cekik darah ke apa. If 2500 kat dewan ok lg mcm tu, ini kat rumah buat org haru biru la . Tolongla jgn jadikan any other customer mangsa lg. Mahal pun org bayar, tp kerja buat cikai. Dtg lmbt igt pegi kuliah ke boley dtg lmbt ya Allahhhh. Tak professional lgsg. Anyone wud be angry, and then u komen like only the price is the matter of this problem

      Delete
    7. Sy pun kena cmni.. Tp xla teruk sgt.. Cuma janji nak smp awal.. Tp kol 2pg baru smp. Dah la buat kat dewan. Bkn umah sndr. Kol 2pg kita sibuk g sne jgk sbb nk kne tgk2. Tp nasibla pelamin tu cantik. Sebenarnya bridal ni sengaja je buat cmni, dtg lambat n pasang pelamin lambat2 so that tuan rumah xboleh nak complaint apa2 sbb masa da suntuk. Ini taktik dorg. Lg 1, dorg nk full payment and extra security deposit sekali kononnya takut kita tak pulangkan brg.. So, bila buat cmni customer xboleh nk complaint sbb takut security deposit lesap. Fyi, security deposit tu 50% dr harga pakej. Mksdnya kne byr dorg 100%+50%. Selain dr tu, baju yg kita sewa tu kne dry clean sblm pulangkn. So ridiculous kn. Byr mhl2, tp kita kne hntr dobi sndr jgk. Ni apa yg tjadi kat sy.. Sorry komen pnjg lebar. Huhu :)

      Delete
    8. Kalau alang2 nk bt cincai cm2 sbb hrga murah bgtau terus trg..xde kbulur nk hadap plamin yg mnyakitkn ati..nk mniaga bia jujur..ada org nk satisfaction xkisah pasal price..ada org nk yg ala kadar..y ye bridal company tu xbrani nk tjuk gmbar sbenar kt blog ea? Takut xde spe yg nk amik korg ea? Memg dasar pnipu sguh lots of love ni

      Delete
  37. Don't be sad dali.. we honestly enjoyed your hospitality. Saper yg makan cili tue.. your pelamin not worth 13 to 15k..ridiculous.what u have to do is to day sorry n refund her back.fullstop. the least we can do is boycott ur bridal....the power of facebook. Now u know...

    ReplyDelete
  38. Google+ masih ada.

    https://plus.google.com/app/basic/117668186769417306894/posts?cbp=9mg9c3gghcw5&sview=25&cid=5&soc-app=115&soc-platform=1

    ReplyDelete
  39. Alhamdulillah...majlis kwin sy brjln lancar...sbb sy xpk pun nk ambik pelamin yg grand2, ataupun andaman yang glamour....mak andam sy sediakan pakej yg sgt murah....pelamin 3 panel, makeup 2kali, baju 6 pasang (4 pasang bj tuk mlm berinai, 2 bju lg tuk majlis waktu siang)....harga RM2500...die bg diskaun RM300..so semua RM2200...walaupun bj die bridal lain dah pkai, tp still cntik...makeup die mmg tiptop....service sgt2 bgs...sgt2 puas hati...ni fb die...Za Andaman....spe2 nk kwin add la die...tp die jarang bls komen at fb...better kol terus...sbb setiap hari die busy...hari2 ade je org nk nikah, tunang, sanding...so klau bleh tnye la mmbr2 yg dah kwin klau bab2 nk cri pelamin & andaman....tp sy kesian kt awak....sy baca pun geram....buat report kt pihak yg berkenaan supaya dorg xbuat lg kt bakal pengantin yang lain....

    ReplyDelete
  40. i understand apa u rasa. u pay a huge amount for the pelamin u want, then get different from what u expect. yg lg teruk tu, buruk perkakas dia. lambat lg tu. i can't imagine myself in ur shoes. anyway, congrats for ur wedding :)

    ReplyDelete
  41. ermmm..terkejut baca cite nyer...huhuh..tapi tgk pd blog LoL ni pic pelamin yg ada 2 rasanyer bukan dari butik nyer....so berhati2 la pada mereka yg nk kawin n mencari pakej2 pelamin semua 2...x semua butik2 mcm 2...

    ReplyDelete
  42. Mmg xpayah la nk tolong kawan bagai.....tp adik sy kena dgn jurugambar...sampai dh dpt anak... Album kawin pun xdpt lg... Sentap

    ReplyDelete
  43. Cerita panjang-panjang...
    Tapi bersanding ni ada ke dalam Islam?
    Kompius......

    ReplyDelete
  44. Maaf la nk cakap.. tp bagi sy rm2500 mmg cmtu la dpt..masalahny bkn pelamin xsampai, suka buat blog menjatuhkan biz org tu BAIK SANGAT KE?????????????????? kalau nk grand bayar 6k abis citer..ni sekadar renungan..fikir2kn lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf nk ckp juga la ye..klo btul 2500 dpt plamin cm2 trus tjuk gmbar yg btul..jgn bg gmbr lain..then bru la customer bole decide nk truskn dgn bridal tsebut atau pn nk cri bridal lain..jgn bt customer mcm ni..rsa TERTIPU..nant customer lari n post kt fb n akhbar..bisnes bridal org lain pn jd kacau..jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga..renungkan ye wahai business owner semua..

      Delete
    2. menjatuhkan apa, yang menipu tu apsal, letak gambar lain, bagi lain. bukan pasal pelamin tak cantik je, point orang ni, tipu gambar, lambat pasang, tak angkat telefon, takde tanggungjawab. Sepatutnya ko ambik iktibar sebab ko pun run bisnes ni.. orang bayar siot, kalau betul RM2500 tu dapat cikai bagi la gambar pelamin cikai tu. Bisnes tak jaga halal haram, main sebat je

      Delete
  45. Siannyer. Its okay awak.benda dah lepas. Mmg kt org perempuan nak bersederhana tp nak buat mcm mana...bila da plan mestila sampai nak puas hati. I fight until i dpt yg puaskan hati i . Biar la gaduh ke, tp kt bayar beribu, bukan 50sen betul tak?. Faham sgt benda mcm ni, baru je lalui, malam2 buta call ckp salah dewan (nasib baik da ada pelamin kat dewan tu, cuba bayangkan if takde, then dia pasang lat dewan salah...tak elok tau dtg lewat pasang pelamin!) Ckp tau tmpt tu, tuptup boleh plak sesat kannnn. Benda mcm ni sekali seumur hidup, and diorg boleh buat endah tak endah. Takpe, Allah sahaja balas. Kt diam je

    ReplyDelete
  46. Tapi dia dah janji. Janji dgn kawan pulak tu. Apa punya janji buat kerja endah tak endah. Kalau dgn harga diskaun sekalipun kena ikut janji dan beri yg terbaik seperti yg dijanjikan. Tak professional la if janji lain jadi lain.

    ReplyDelete
  47. citer ni sama ngan anak sedara saya. tp so much worst sebab pelamin x siap....... dahla buat kat dewan....
    tu pun pasal nakbtolong kawan la.....

    ReplyDelete
  48. kisah kita sama... saya lg la..bayar sampai 8k utk pelamin,baju dan juru gambar.. tapi pelamin yg saya inginkan tidak sama dengan apa yg digambarkan.. sakit hati sgt2..

    ReplyDelete
  49. Bull shit 13k. I kwen dpt hrga pelamin 2.3k siap panel ok. Lot of guest yg dtg siap puji pelamin i. 2.3k tu I dpt tuk hrga pelamin dewan banquet k. I kwen kat kelana jaya. Blogger mmg kene tipu truk. Pelamin yg blogger dpt ni lg truk dr pelamin kmpng la.

    ReplyDelete
  50. Ish... kesiannya bila baca!! yup. berhati2lah bila deal dengan wedding planner ni. I suggest u'oll amek ngan MAGIQUE THE WEDDING WITCH. I suka hasil kerja planner dia!! Planner dia stand alone xbanyak kerenah!! Very friendly dan make up gojes!! Price affordable. I suka dengan hasil tangan planner ni. U'oll boleh tgk insta dia : magique.tww atau call +01134004133 atau 0129191867. I suka dgn hasil dia!! PADA YANG DAH PERNAH TERKENA, I DOAKAN KEBAHAGIAAN KALIAN BERPANJANGAN. Amin.

    ReplyDelete
  51. as salam , saya pernah join jgk buat pelamin setakat nie, alhamdulillah customer puji, tapi silapnye disebabkan ada satu majlis wedding member wedding planner yang saya join nie..dia inginkan tema ala- ala cinderella gitu.. kami buatlah yang perfect n cantik sebab weddingnye malam, jumaat malam lagi kami dah sampy siap smpy pkul 2 pg, n sambung sabtu pagi sebab wedding sabtu malam, tengah buat tibe2 nak pasang lampu tibe2 elektrik mati , sebab salah family pengantin sbb dah ckp tak boleh pasang terus ke suis utama kena sambung2 sebab lampu nak diguna nie voltn tinggi sikit dr lampu biasa ,ialah spot lightkan kuat cahayanye.. selepas dah siap pasang tibe2 esok pagi suiz utama terbakar dia slah kami, padahal kami dah ckp awal2 dr semalam degil taknak dengar.. jadi kami sambung pada elektrik jirannya.. malam majlis berlangsung semua oky, tibe2 lampu khemah terpadam , lampu plamin tak padam kami ketawalah sbb dah ckp jangn pasang kat situ degil , habis tetamu kegelapan .. yang teruknya selepas majlis kami minta payment selebihnya.. pengantin n family cut bayaran sebab elektrik padahal bkn salah kami dia ckp sbb nak betolkan suiz utama tu kena bayaran mahal.. , ya allah dahlah bagi murah sbb kawan2 kot.. nak mintak murah lagi tu.. dah perfect ni balasanye begang dahlah penat.. yang wedding planner terpaksalah bagi .. sabar jelah kalau kami tahu mcm inilah gayanya lebih baik buat ala balai je padan muka.. baru taw sedih.. hope tak dapat customer mcm nie punye perangai.. huh :)

    ReplyDelete
  52. Pnh gak Alami kes mcm ni masa kawen dulu. Tjk gmbr pelamin tp yg buatnya ya Allah jauh panggang dr api. Nk mrh x bole sbb diorg dtg pasang pun dh lambt mcm kes ni. Mujur X Mhl mcm kes awk ni. Tp geram spi skrg. Dhla mekap dtg lmbt bila buruk dia slhkn kita konon langgar pantang Puiiiii. Mmg geram gila babas kat Org tu. Dsebabkan tu Membe adik ipaq so yg jd mangsa tmpt lepas geram adik ipaq la sbb dia sakan mlobi Kwn dia.

    ReplyDelete