Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 11, 2014

No Comment

BANDAR RAYA MEXICO – Bandar raya Mexico menjadi kawasan terbaharu di negara ini yang mengharamkan penggunaan haiwan dalam sarkas.

Majlis perbandaran itu menyokong larangan tersebut yang boleh membawa hukuman denda sebanyak AS$45,000 hingga AS$60,000 (RM144,083 – RM192,111).

Bagaimanapun, undang-undang yang diluluskan pada Isnin lalu tidak diguna pakai dalam persembahan ikan lumba-lumba atau perlawanan laga lembu jantan mahupun penggunaan kuda dalam acara tradisional Mexico yang dikenali sebagai ‘charreadas’.

Justeru, pihak pengurusan sarkas diberi tempoh setahun untuk mengubah tindakan mereka.

Beberapa negeri dan bandar-bandar di Mexico sebelum ini meluluskan larangan tersebut dan cuma membenarkan akrobat, badut dan aktiviti sarkas yang lain.

Namun, pihak sarkas membantah dengan larangan itu dan menyatakan mereka melayan haiwan dengan berperikemanusiaan.

Begitupun, aktivis hak asasi haiwan pula mempertikaikan haiwan-haiwan di sarkas sering kali berada di dalam ruang yang terhad dengan kemudahan serba kekurangan dan haiwan-haiwan dipaksa membuat persembahan.

Sumber: AP

0 comments:

Post a Comment