Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 1, 2013

No Comment

Dalam siri sebelum ini, penulis telah mempersoal fungsi kewujudan sayap Puteri di dalam UMNO di mana ada suara di pihak akar umbi yang mempersoal fungsi kewujudan sayap tersebut.


Isu seperti calon ‘payung terjun’ serta Exco lama yang mengelak diri untuk bertanding semula pada Pemilihan Agung UMNO 2013 mula menjadi panas.

Mana tidaknya, beberapa calon yang layak bertanding dilihat bertindak lebih pasif di mana mereka cuba ‘lari’ daripada terus bertanding sama ada di sayap Puteri mahupun Wanita.

Apa guna pengalaman di dalam Puteri jika tidak di aplikasikan ke dalam Wanita. Sedangkan kewujudan sayap Puteri adalah penggerak kesinambungan golongan wanita muda dan sayap Wanita. Kenapa perlu lari?

Dalam merungkai isu tersebut, MyNewsHub telah menemubual pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang juga penganalisa politik, Prof Madya Dr. Ismail Sualman.

Menurut Ismail, peraturan pemilihan UMNO pada kali ini dilihat sebagai satu platform dalam menggalakkan lebih banyak ahli terutama di peringkat bawah untuk bertanding.

“Jadi, tak perlu timbul isu payung terjun atay calon yang mempunyai tujuan tertentu.

“Sepatutnya UMNO pusat merasa bangga dengan mereka (calon baru Puteri). Ini menunjukkan UMNO masih lagi relevan dan masih mendapat sambutan,” jelas Ismail.

Tambah beliau, pemilihan kali ini menunjukkan satu perubahan yang lebih mantap dalam menunjukkan partisipasi politik yang lebih matang dan demokrasi.

Apabila disoal berkenaan fungsi sayap Puteri, Ismail mencadangkan supaya sayap tersebut diperbesarkan di peringkat Barisan Nasional (BN).

“Ini akan meluaskan lagi atmosphere dan diameter golongan wanita muda dalam bidang politik.

“Kita tahu bahawa golongan muda ini mempunyai entiti sendiri di mana citarasa dan pandangan mereka berlainan. Jadi inilah masanya untuk UMNO serta BN memainkan peranan dalam menarik hati golongan muda bergiat aktif dalam politik,” ujar Ismail.

Dalam pada itu, Ismail turut menegaskan bahawa sayap Puteri haruslah bergerak dengan lebih efisyen di mana mereka perlu mengadakan pelbagai aktiviti sukan, kebudayaan serta kerja-kerja amal yang melibatkan mereka di peringkat cawangan dan bahagian.

Pada masa yang sama, Ismail turut menegaskan kepada pucuk pimpinan serta perwakilan supaya memilih pemimpin yang mempunyai gabungan muka lama dan muka baru.

“Bila ada gabungan yang baik, kita akan nampak satu kesinambungan muka lama dan baru,pelbagai variasi, idea yang ‘fresh’ dari mereka yang baru serta kemahiran kepimpinan yang tinggi dari mereka yang lama,” kata Ismail.

Dalam siri seterusnya, kita akan melihat sajauh mana calon Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudi dan Jamilah Hanim Othman mewacanakan pemikiran mereka untuk memacu Puteri sebagai satu entiti yang benar-benar berkesan kepada golongan wanita muda.

Oleh: HARITS ASYRAF

0 comments:

Post a Comment