Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 1, 2013

No Comment

Ada sesuatu yang cukup menarik untuk kami kongsikan hari ini mengenai penyanyi, Shila Amzah.

Pada 29 September lalu, beliau telah mengemaskini status Twitternya yang berbunyi:

“Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora berlakon macam tu. Takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri.”


Untuk pengetahuan anda yang belum menonton filem lakonan Nora Danish dan Farid Kamil itu, jalan ceritanya mengisahkan bagaimana seorang wanita bangkit untuk membalas dendam atas kekejaman suami yang pernah mengasari dan memukulnya.

Agaknya apa yang cuba disampaikan oleh Shila ya? Adakah beliau pernah berhadapan dengan situasi sebegitu?

Melalui laporan GUA, beliau berkata:

“Saya kemaskini status demikian kerana saya pernah mengalami situasi tersebut. Saya masih trauma dengan keadaan itu. Walaupun begitu, saya tetap akan teruskan rancangan saya untuk menonton filem ‘Bencinta’ bersama-sama dengan peminat saya di GSC Mid Valley pada Rabu, jam 9.45 malam,” jelas Shila.

Ditanya pula mengenai maksud ‘been there’, beliau enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Saya enggan mengulas lanjut. Orang boleh faham sendiri. Apa yang penting sekarang, saya mahukan wanita-wanita di luar sana tampil lebih kuat dan tidak menjadi lemah,” tutur Shila lagi.

Sebelum ini, beliau pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad, namun berakhir ekoran pelbagai konflik yang melanda termasuk kemelut dengan ayah Shila, ND Lala.

Baru-baru ini pula, Shila dikaitkan pula dengan pelakon Johan As’ari, namun kedua-duanya menafikan mempunyai ikatan istimewa dan hanya berkawan.

Bagaimanapun, kami tidak mahu meletakkan sebarang spekulasi. Tapi anda mungkin boleh memikirkan sendiri maksud status Twitter penyanyi ini.

Agak-agak wajah siapa yang anda boleh kaitkan dengan kenyataan itu?

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment