Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 2, 2014

No Comment

MANILA – Tiga lelaki yang ditahan selepas gagal dalam cubaan untuk mengebom lapangan terbang di sini, juga merancang untuk menyerang Kedutaan China dan sebuah pusat beli-belah terbesar di sini.

Setiausaha Kehakiman Leila de Lima memberitahu pemberita, ketiga-tiga lelaki terbabit, yang ditahan semalam di lapangan terbang dengan sebuah van yang sarat dengan bahan letupan, merancang untuk melakukan beberapa serangan bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap China. “Ia adalah kumpulan sesat. Mereka mendakwa sebagai pelindung rakyat Filipina dan menganggap perniagaan monopoli China-Filipina dan perlombongan haram sebagai musuh,” katanya. -

De Lima berkata, lelaki terbabit juga marah dengan pendekatan lembut kerajaan Filipina terhadap China berhubung pertikaian mengenai tuntutan wilayah di Laut China Selatan.

“Mereka mahu pentadbiran kerajaan mengambil pendekatan lebih keras dalam pertikaian dengan China,” katanya.

De Lim menambah, kumpulan berkenaan yang mungkin membabitkan lebih ramai anggota, merancang untuk melakukan beberapa serangan di bangunan berkaitan China atau masyarakat perniagaan China-Filipina.

“Mereka juga merancang semalam untuk meletupkan kompleks perniagaan ‘SM Mall of Asia’ di Pasay City dan menembak Kedutaan China serta bangunan DMCI,” katanya.

‘SM Mall of Asia’ dimiliki Henry Sy, orang terkaya di Filipina yang lahir di China. DMCI pula adalah syarikat pembinaan dimiliki David Consunji, seorang lagi rakyat Filipina kaum etnik China yang disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai orang keenam terkaya di negara ini.

Namun, de Lima menegaskan pihak penyiasat tidak yakin dengan tujuan sebenar kumpulan ini semata-mata untuk menunjukkan kemarahan terhadap China dan kepentingan China di sini.

“Kami ingin tahu berapa besar kumpulan ini, apa kekuatan mereka sehingga sanggup mewujudkan kekecohan ini dan apa agenda sebenar mereka.

“Apakah mereka bertindak bersendirian atau adakah orang lain di belakang mereka? Kami akan menyiasat semua ini,” katanya.

De Lima berkata, pemimpin kumpulan itu mendakwa tergolong dalam kumpulan rahsia anggota polis dan tentera yang dikaitkan dengan cubaan rampasan kuasa pada 1980-an yang gagal menggulingkan presiden ketika itu Corazon Aquino.

Katanya, dakwaan ini bagaimanapun masih belum dapat disahkan. – AFP

0 comments:

Post a Comment