Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 6, 2014

No Comment

MUAR: Semua pihak termasuk pembangkang perlu mengakui bahawa kepimpinan negara berjaya meletakkan Malaysia dalam kalangan negara maju di rantau ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata status negara maju dan pesat membangun dikecapi ketika ini bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya negara tidak diuruskan dengan baik.

"Kalau Malaysia tidak diuruskan dengan sempurna, masalah ekonomi akan menjadi runcing, rakyat menganggur, peluang pekerjaan tiada. Siapa yang akan dipersalahkan? Kerajaan juga yang akan dipersalahkan.

"Hari ini, Malaysia tidak seperti itu. Tidak sahaja kita (pemimpin) uruskan, kita juga beri yang perlu.

"Kita tidak minta pujian tetapi bagilah 'credit' (penghargaan terhadap usaha kerajaan). Pembangkang kena iktiraf," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar dekat sini, hari ini.

Turut hadir, isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abd Rahman.

Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata, mengikut penganalisis, Malaysia dilihat mampu mencapai taraf negara maju lebih awal iaitu pada 2018 daripada sasaran 2020.

"Bagi 'credit' (penghargaan) kepada pihak yang berupaya untuk selesaikan masalah ekonomi. Berikan penghargaan sepatutnya," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan tidak terlalu ghairah dalam mengejar status negara maju sehinggakan ada golongan masyarakat yang tertinggal daripada arus pembangunan.

"Dalam tempoh lima tahun akan datang, strategi kita (kerajaan) adalah untuk mengurangkan perbezaan dan jurang antara kaum dari segi pendapatan supaya tiada yang rasa tersisih," katanya. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment