Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 19, 2014

No Comment

SEPANG – Pesawat komersial MH19 bawa tiga jenazah mangsa nahas MH17 tiba di pekarangan Kompleks Bunga Raya jam 8.30 pagi selepas selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi tadi.

Ketibaan tiga jenazah rakyat Malaysia itu – dua penumpang dan seorang anak kapal disambut dalam Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17.

Ketibaan tiga jenazah itu ialah anak kapal terakhir MH17, Shaikh Mohd Noor Mahmood, 44, dan dua penumpang MH17 yang juga anak Allahyarham Tambi Jiee, Allahyarham Muhammad Afzal Tambi dan Allahyarhamah Marsha Azmeena Tambi.

Hanya satu jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan menggunakan kenderaan jenazah manakala dua jenazah lagi akan diterbangkan menggunakan dua buah helikopter EC725.

Jenazah Shaikh Mohd Noor Mahmood akan dibawa ke Klang untuk dikebumikan manakala dua lagi jenazah adik beradik akan diterbangkan ke Kuching, Sarawak untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya.

Hadirin pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya bertafakur selama seminit pada jam 8.48 pagi sebagai penghormatan kepada jenazah tragedi berkenaan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liong Tiong Lai, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan waris mangsa serta kakitangan Malaysia Airlines (MAS). – BH Online

0 comments:

Post a Comment