Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 9, 2014

No Comment


LUKUT – Seorang pekerja stesen minyak di Springhill cedera parah selepas ditetak berkali-kali dengan parang oleh perompak kira-kira jam 8.55 malam kelmarin.

Mangsa warga Sri Lanka, Manjulet, 32, sedang bertugas dengan rakannya sebelum diserang tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Alza yang memaksa mereka menyerahkan wang.

Pemilik stesen minyak berkenaan, Datuk Teo Seng Lee berkata, mangsa yang enggan menyerahkan wang telah ditetak dengan parang oleh salah seorang suspek.
“Mangsa ditetak beberapa kali di betis kanannya manakala seorang lagi pekerja tidak dicederakan selepas memberikan wang.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Mawar, Seremban untuk rawatan,” katanya ketika ditemui semalam.

Seng Lee berkata, dia mengalami kerugian kira-kira RM2,000 dan kejadian berkenaan dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di stesen minyak tersebut.

“Mujur ketika kejadian, ada seorang pelanggan baru tiba untuk mengisi minyak dan semua suspek bergegas pergi. Pelanggan berkenaan bertindak mengekori suspek namun selepas 50 meter suspek berhenti dan mengacukan parang kepadanya serta memberi amaran agar tidak mengekori mereka,” katanya.

Seng Lee memberitahu, kira-kira tiga hari lalu sekitar jam 10 malam ada sebuah kereta jenis Perodua Alza warna kelabu di parkir di hadapan stesen minyaknya.

“Kereta berkenaan bercermin gelap dan ketika itu saya menyangka mereka rakan anak serta tidak mengesyaki apa-apa. Kira-kira 30 minit kemudian barulah kereta berkenaan beredar,” katanya.

“Saya sendiri pernah cedera di tangan kanan kerana menahan libasan parang oleh suspek samun dua tahun lepas, ketika itu saya kerugian RM6,000,” katanya. – SINAR HARIAN

0 comments:

Post a Comment