Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 11, 2014

No Comment

BATU PAHAT – Peperiksaan secara dalam talian bagi penjawat awam merupakan kaedah terbaik pada masa ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

“Ia merupakan kaedah terbaik sebenarnya. Tetapi kita akan kaji lagi. Kita lihat kalau masih ada masalah, SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) perlu lihat semula masalah ini,” kata beliau kepada pemberita.

Beliau yang menghadiri Majlis Jalinan Kasih di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Batu Pahat di sini hari ini diminta mengulas mengenai peperiksaan secara dalam talian bagi Penguasa Kastam W41 pada Sabtu lalu yang dikatakan menghadapi masalah teknikal pada Internet.

Seramai 84,856 calon dipanggil menduduki peperiksaan itu namun hanya 56,546 calon atau 67 peratus yang berjaya mendudukinya.

Seramai 43,014 calon terpaksa menduduki semula peperiksaan malam tadi termasuk 127 calon yang berada di luar negara.

Sementara itu Ali Hamsa menafikan dakwaan bahawa pinjaman perumahan bagi penjawat awam akan dihentikan.

“Pinjaman perumahan kepada penjawat awam akan diteruskan. Kita tunggu pengumuman Bajet 2015 oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) nanti,” katanya.

Sebelum itu beliau yang juga merupakan bekas pelajar sekolah itu menyaksikan penyerahan dua buah van yang mempunyai 14 tempat duduk kepada pihak sekolah sumbangan Berjaya Corporation Group of Companies.

Turut hadir di majlis berkenaan pengasas syarikat itu Tan Sri Vincent Tan yang juga bekas pelajar sekolah tersebut dan pengetua sekolah Misli Roshidi. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment