Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 13, 2014

No Comment

KUCHING: Lebih 10,000 menghadiri istiadat perbarisan dan rapat raksasa sempena sambutan Hari Jadi Ke-78, Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Perbarisan di Padang Merdeka itu disertai lebih 4,000 peserta dengan 117 kontinjen kalangan pasukan beruniform, agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan pelajar.


Sambutan itu adalah yang pertama bagi Abdul Taib yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri, Mac lalu selepas beliau melepaskan jawatan Ketua Menteri yang disandangnya selama 33 tahun pada 28 Februari lalu.

Turut hadir pada istiadat itu ialah isteri beliau, Toh Puan Ragad Kurdi Taib; Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, dan isteri serta pemimpin negeri, pegawai kanan kerajaan dan diplomat asing. ─ BH Online

0 comments:

Post a Comment