Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 16, 2013

No Comment
Hamizah (dua,kanan) bersama-sama empat anaknya dan kakaknya yang OKU serta kedua ibu bapa yang sudah uzur.

PASIR MAS - Kesempitan hidup 10 beranak memaksa mereka berhimpit dalam sebuah rumah yang menunggu masa untuk roboh di Kampung Kelar, di sini.

Hamizah Setapa, 39, berkata, dia dan suami serta empat anaknya itu terpaksa berhimpit di rumah berkenaan yang turut dihuni oleh ibu bapanya.

“Selain itu, rumah ini turut diduduki oleh abang dan kakak saya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) iaitu Hamidah, 44, yang menghidap penyakit saraf, manakala Harun, 48, menghadapi masalah mental.

“Kami tidak mempunyai pilihan walaupun terpaksa berhimpit di rumah ini kerana ia satu-satunya tempat untuk berteduh,” katanya.

Menurutnya, pendapatan suaminya yang bekerja sebagai penjaga stor di sebuah kilang di Pengkalan Chepa membataskan impian mereka untuk memiliki penempatan lebih selesa.

Hamizah berkata, selain itu suaminya terpaksa menanggung perbelajaan keluarga selepas bapanya Setapa Mat Yusof, 78, sudah tiga tahun tidak lagi mengayuh beca berikutan masalah kesihatan.

“Mujurlah abang (Harun) dapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM120 sebulan dan ia dapat membantu meringkan beban yang ditanggung suami.

“Saya ada memohon bantuan rumah menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) namun sehingga hari ini kami tidak menerima sebarang respons,” katanya.

Disebabkan itu, Hamizah dan suami serta anak-anak terpaksa menjadikan ruang tamu rumah sebagai bilik tidur walaupun tidak selesa dengan situasi tersebut.

Menurutnya, dua bilik yang terdapat di rumah itu tidak dapat digunakan kerana bumbung bocor dan lantainya sudah reput.

0 comments:

Post a Comment