Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 15, 2013

No Comment

Kita akan menyambut sambutan Hari Malaysia esok pada 16 September yang menandakan hari pembentukan Malaysia untuk kali ke-50 tahun sejak tahun 1963.

Ia juga menandakan kemasukan Sarawak, Sabah (ketika itu Borneo Utara) dan Singapura untuk membentuk negara bernama Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia kali ini akan diadakan di Padang Merdeka di Kuching, Sarawak.

Di celah-celah keghairahan itu pasti ada wakil dari pakatan pembangkang akan cuba menimbulkan isu memastikan sambutan hari istimewa itu menjadi tegang dan penuh kontroversi.

Untuk tahun 2013, pemimpin pembangkang dari Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor menganggap 16 September sebagai Hari Penjajah bagi penduduk Sabah dan Sarawak.

Dalam nada berbeza, memetik entri dari blog Azmy Awang Kelana Jaya (AAKJ) Jeffrey berkata Malaya telah ‘menjajah’ Sabah setelah mengambil alihnya dari British melalui penubuhan kerajaan Persekutuan Malaysia.

Nampaknya, Jeffrey masih menyesali sejarah dan tidak mampu menerima hakikat bahawa Sabah telah menjadi sebahagian dari Malaysia.

Apa yang menarik ialah, penyesalan beliau terletak jelas pada faktor duit.

Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan boleh muflis tanpa kewujudan Sabah dan Sarawak dengan memetik angka pendapatan melebihi RM40 bilion tanpa perlu ‘berkongsi’ dengan Semenanjung Malaysia.

Namun, disebabkan ‘penjajahan’ maka Sabah dan Sarawak hanya mendapat RM3.7 bilion sahaja dari perkongsian itu.

Tidak dapat dinafikan bahawa kenyataan Jeffrey Kitingan memancarkan perasaan dendam yang membara. Justeru, tidak salahlah jika kita mempercayai sumber dari Filipina dan beberapa blog sebelum ini yang menamakan beliau sebagai antara pemimpin pembangkang yang menjadi dalang dalam pencerobohan Lahad Datu.

Antara laporan risikan yang terdedah dari kes Lahad Datu menyebut, “Pemimpin utama pembangkang Sabah yang dikenal pasti dalang pencerobohan ini ialah Jeffrey Kitingan dan Anwar Ibrahim yang telah berjumpa dengan Nur Misuari Pemimpin utama Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan Sultan Sulu Palsu Jamalul Karim untuk menceroboh Sabah bagi menuntut negeri Sabah.”

Dengan kenyataan Jeffrey itu, ia mengukuhkan lagi persepsi ramai bahawa MNLF hanyalah alat pembangkang untuk mencapai cita-cita mereka.

Jika ini benar maka puak penceroboh Sulu sebenarnya merupakan mangsa ketamakan dan kebodohan mereka sendiri.

Kenyataan Jeffrey Kitingan juga merupakan cetusan dari ketiadaan taat setia pada negara. Oleh itu, ia boleh diambilkira sebagai hasutan serta mampu menggalakkan pemberontakan.

Pihak kerajaan perlu mengambil serius perkara ini supaya tidak terus menerus memberi ruang kepada pengkhianat untuk memecahbelahkan Malaysia.

Lebih dari itu, Jeffrey Kitingan juga perlu dipantau secara dekat memandangkan beliau telah mempamerkan dirinya sebagai seorang yang berpotensi menggerakkan pemberontakan.

0 comments:

Post a Comment