Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 8, 2013

No Comment
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

JAKARTA - INDONESIA. Kementerian Komunikasi dan Multimedia bercadang mengadakan forum kemerdekaan Malaysia dan Indonesia pada bulan Ogos tahun depan sebagai tanda hubungan akrab kedua-dua negara jiran itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Ogos dipilih berikutan sambutan ulang tahun kemerdekaan kedua-dua negara yang jatuh pada bulan berkenaan.

"Kita boleh anjurkan sedemikian di Kuala Lumpur sebagai satu acara sambutan bersama.

"Selain itu, kita juga adakan satu konsert yang melibatkan artis dari Malaysia dan Indonesia sebagai tanda hubungan Kuala Lumpur-Jakarta," katanya ketika menjadi panel Kenduri Nusantara Indonesia Leadership Camp 2013 bertema 'Harapan untuk para pemimpin masa depan' di sini malam ini.

Program lima hari itu, yang bermula 4 September lepas, disertai 130 mahasiswa iaitu 125 dari Indonesia, 20 Malaysia dan lima lagi dari Thailand.

Acara tahunan itu, antara lain, bertujuan menggalakkan perkongsian mahasiswa serantau selain menimba pengalaman dengan pemimpin yang dijemput.

Ahmad Shabery berkata kementerian juga bersedia memikul tanggungjawab untuk menganjurkan program membabitkan mahasiswa di rantau ini seperti Kenduri Nusantara kerana ia dianggap platform terbaik bagi melahirkan pemimpin masa depan yang berwibawa.

"Saya tiada masalah untuk anjurkan kerana melahirkan pemimpin yang baik, ia mesti bersifat global, serantau dan universal," katanya ketika disoal bagaimana kerajaan Malaysia boleh membantu mahasiswa tempatan membabitkan diri dalam program antara negara.

Selain itu, beliau berkata seorang pemimpin yang baik harus menggunakan jawatan yang disandang sebagai alat bagi melaksanakan kebaikan demi rakyat, dan bukan untuk matlamat diri sediri.

"Kepimpinan bukan soal jawatan atau jadi menteri, tapi bagaimana melaksanakan tanggungjawab kerana jawatan yang ada boleh hilang bila-bila masa... tapi kalau seseorang itu pemimpin yang baik selamanya, dia akan dikenang," katanya. - Bernama

0 comments:

Post a Comment