Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 28, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memandang rendah terhadap kemampuan Felda yang telah banyak berjasa membangunkan ekonomi dan sosial kaum Melayu untuk menguruskan harta dan saham-sahamnya supaya lebih berdaya maju pada masa depan.

Ia apabila beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa Felda yang tidak mempunyai ilmu mengurus hotel tetapi `ada hati’ menjalankan perniagaan perhotelan di dalam dan luar negara melalui pelaburan sebanyak RM700 juta.

Guan Eng mendakwa Felda dan anak syarikat Felda Global Venture Holdings (FGV) membuat pengambilalihan hotel empat bintang Grand Borneo di Kota Kinabalu sekitar RM86 juta, 25 peratus saham syarikat Iris Corp yang tersenarai di Bursa dan pembuat kad pintar dan perkampungan agrikultur kira-kira RM110 juta serta Grand Plaza Service Apartments di London hampir RM497 juta.

“Apa kaitan pemilikan lapan buah hotel di Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah dan London dengan penanaman kelapa sawit. Felda tidak ada ilmu mengurus hotel. Dunia korporat bersepah dengan sampah sarap pelaburan yang tidak rasional dan cuai dalam bisnes yang syarikat induk tidak mempunyai banyak kepakaran atau ilmu.

“Apa yang membuatkan Felda merasakan ia boleh melakukan tugas yang lebih baik berbanding pengusaha hotel berpengalaman serta mendapatkan kadar pulangan yang lebih baik untuk pelaburan RM700 juta dalam bisnes bukan teras berbanding melabur dalam perladangan kelapa sawit yang ia memang pakar,” soalnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng seterusnya mendakwa, Felda tidak sepatutnya menguruskan dana awam seperti milik peribadi tetapi ia perlu memberi justifikasi demi kepentingan akauntabiliti dan ketelusan dan faedah kewangan daripada melabur dalam bisnes bukan teras kepada orang ramai.

Beliau dalam pada itu mempersoalkan bagaimana dengan melabur RM700 juta menjalankan perniagaan perhotelan di dalam negara dan di London dapat memberi faedah kepada kehidupan lebih satu juta orang yang tinggal di tanah rancangan Felda di seluruh negara.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad pada 4 September lalu melaporkan Kumpulan Felda menubuh satu syarikat pelaburan yang dinamakan Felda Investment Corporation bagi mengurus harta dan saham-saham Felda supaya lebih berdaya maju pada masa depan.

Syarikat itu yang ditubuhkan itu melantik Zahid Abdul Jalil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, manakala ahli lembaga pengarah akan dilantik tidak lama lagi yang terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang pelaburan, korporat dan perniagaan.

Syarikat pelaburan itu ditubuhkan bagi mengurus tadbir harta dan aset Felda yang bernilai berbilion ringgit di mana nilai saham kumpulan Felda sahaja kini mencecah antara RM7 hingga RM8 bilion.

Menurut Mohd. Isa, Felda yang sudah menjangkau usia 57 tahun tidak boleh lagi bergantung kepada ladang kelapa sawit semata mata, tetapi perlu mengorak langkah dan bersaing dengan melabur dalam pelbagai bidang termasuk hartanah, pelancongan, perhotelan, industri, perkhidmatan dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment