Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 15, 2013

No Comment

Akibat kerosakan komputer pada sistem tempahan tiket, syarikat penerbangan United Airlines (UA) akan memberikan penerbangan percuma kepada pelanggan yang telah menempah tiket pada harga USD0.

Menurut UA, selepas melihat kembali kerosakan yang berlaku mereka mengambil keputusan membenarkan mereka yang berjaya menempah tiket ketika kerosakan itu menggunakan tiket mereka.

Bagaimanapun, UA tidak memaklumkan berapa keping tiket telah ditempah sebelum syarikat itu menutup laman web berkenaan ekoran kerosakan itu.

Seorang warga Chicago memberitahu NBC, ketika menempah tiket saya lihat kos untuk penerbangan dari Chicago ke Los Angeles dan dari Los Angeles ke Chicago adalah hanya berharga USD10.

“Ia sesuatu yang mengejutkan dan saya mengambil keputusan untuk menempahnya segera sebelum harga tiket itu dinaikkan,” kata Bob Stokas yang turut berjaya menempah tiket ketika harga murah.

Syarikat penerbangan itu terpaksa menutup pusat panggilan telefonnya selama dua jam sementara pihak syarikat memperbaiki kerosakan pada laman web berkenaan.

Oleh : IBNU K

0 comments:

Post a Comment