Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 16, 2013

No Comment
Norlia kini ingin membawa Potess menembusi pasaran Eropah, khususnya Perancis.

MENYEDARI ramai yang meminati gemar kentang lecek, Hajjah Aminah Food Industries Sdn Bhd mengeluarkan produk makanan segera Potess yang berasaskan campuran ubi kentang lecek dan pelbagai jenis inti.

Syarikat tempatan itu juga menghasilkan sendiri kentang lecek unik ini kerana menyedari perniagaan berasaskan makanan sejuk beku seperti Potess mempunyai potensi tinggi untuk berjaya.

Pengarah Urusan Hajjah Aminah Food Industries, Norlia Yusof berkata, Potess memiliki kelainan yang tersendiri kerana dihasilkan melalui penyelidikan yang berteknologi tinggi dan mengikut hasil maklum balas yang diterima dari orang ramai sebelum produk itu dihasilkan.

"Kami gembira Potess kini diterima ramai di Malaysia. Kini, impian kami adalah untuk memasarkan Potess ke luar negara, dengan fokus utama kini adalah pasaran Eropah," katanya ketika ditemui di kilangnya, di Seremban baru-baru ini.

Menurutnya, memandangkan negara-negara maju di Eropah amat menitik beratkan soal kebersihan dan kualiti makanan, syarikat itu telah pun mendapat pengiktirafan badan antarabangsa seperti Hazard Anylisis Critical Control Point (HACCP).

“Pengiktirafan dari HACCP ini amat penting untuk mendapat keyakinan masyarakat Eropah mengenai tahap kualiti, kebaikan dan kebersihan produk kami ini,” katanya. 

Pengeluaran naik 30 kali ganda

Norlia berkata, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk memenuhi impian menembusi pasaran di Eropah, syarikatnya menggunakan mesin baru separa automatik bagi meningkatkan lagi hasil pengeluaran di samping menjaga kualiti produk.

“Melalui penggunaan mesin, kami dapat menghasilkan 3,000 keping Potess dalam masa sejam.

"Jadi untuk sehari kami dapat menghasilkan lebih kurang 30,000 keping Potess untuk dipasarkan berbanding sebelum ini hanya 1,000 keping sehari,” katanya.

Menurut beliau, pada masa ini, Potess telah dipasarkan ke seluruh negara termasuk di beberapa pasar mini terpilih, pasar raya besar seperti Giant, hotel, restoran dan turut mendapat permintaan dari beberapa negara Asia.

“Produk kami kini dipasarkan di beberapa negara Asia seperti Thailand, Singapura, Brunei dan China.

"Permintaan di negara-negara tersebut amatlah menggalakkan, jadi kami harap selepas ini Potess berjaya menembusi pasaran Eropah khususnya di Perancis," katanya lagi.

Turut hasilkan makanan Arab

Selain Potess, Hajjah Aminah Food Industries turut menghasilkan Moroccan Food, iaitu makanan berasaskan daging yang dimakan bersama nasi.

“Bagi Moroccan Food, penyediaan rempah ratusnya memang datang dari Maghribi.

"Pasukan penyelidik kami bersama ketua tukang masak sendiri yang menghasilkan produk ini dan ianya mendapat permintaan yang amat tinggi khususnya bagi mereka yang meminati makanan ala-ala Maghribi,” katanya.

Menurut Norlia, sepanjang 13 tahun bergelar usahawan, banyak pengalaman dan pencapaian yang telah diperoleh syarikat itu.

Antara anugerah cemerlang yang diterimanya adalah Anugerah Majikan Agrotek 2013 daripada Jabatan Sumber Tenaga.

Selain itu, syarikatnya juga amat aktif dalam menyertai pelbagai ekspo dan festival makanan seperti Mihas, Pameran Makanan Moscow, Pameran Makanan Dubai, Ekspo Makanan Singapura dan pelbagai acara lain untuk mempromosikan makanan buatan tempatan ke peringkat global.

0 comments:

Post a Comment