Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 7, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Malaysian Airline System Bhd (MAS) menjangka meraih perolehan RM100 juta dengan menyertai dan menjual pakej serta tiketnya di Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia 2013 (Pameran Matta).

Naib Presiden Kanannya bagi Malaysia, Muzammil Mohamad berkata MAS menawarkan tambang udara dan pakej menarik, dengan harga diskaun lebih rendah daripada harga pasaran sekarang bagi rangkaian domestik dan antarabangsanya di pameran tersebut.

“Tambang udara yang ditawarkan mendapat diskaun sehingga 55 peratus ke semua destinasi bagi laluan MAS untuk tempoh perjalanan dari sekarang hingga 2014,” katanya pada taklimat media hari ini di hari kedua Pameran Matta yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menurutnya, destinasi popular termasuk London, Perth dan Beijing bagi perjalanan antara September dan Julai tahun depan mendapat sambutan hangat.

Muzammil berkata MAS mengambil pendekatan berbeza pada pameran itu bagi manfaat pelanggannya.

“Berbanding dengan jualan kami sebelumnya, kami melanjutkan tempoh sah tiket daripada sebulan kepada tiga bulan dan tambang itu akan tersedia bagi perjalanan sehingga pertengahan 2014,” katanya.

Beliau berkata unit penerbangan tambang rendah syarikat itu, Firefly, menawarkan pakej tawaran terbaik, yang termasuk pakej santai ke destinasi Firefly.

“Baucar membeli belah menarik juga disediakan kepada pelanggan yang membeli mana-mana pakej,” katanya.

Beliau berkata Firely juga menawarkan sejumlah 500,000 tempat duduk dengan tambang bermula daripada RM49 dan pelanggan digalakkan menempah terlebih dahulu untuk mendapatkan lebih banyak pilihan tarikh penerbangan.

Sementara itu, beliau berkata, MASholiday, cabang pelancongan MAS, menawarkan pakej menarik keluarga bagi menggalakkan keluarga menghabiskan masa kualiti bersama-sama. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment