Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 7, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) tidak senang hati dengan tindakan pihak polis kerana didakwa menemuramah pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana tanpa persetujuan dan kehadiran ibu bapa.

Pemangku Pengerusi Suhakam, Datuk Khaw Lake Tee mendakwa, perkara itu mencabuli semangat asas Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan seseorang kanak-kanak diatas sebab kurang matang daripada segi fizikal, mental dan emosi mereka memerlukan pemeliharaan, penjagaan, bantuan dan perlindungan dalam semua keadaan.

:Kami juga berasa bimbang dengan kegagalan pihak sekolah berkenaan menunaikan tanggungjawab mereka terhadap pelajar mereka dalam mencegah perkara itu daripada berlaku.

“Meskipun tiada peruntukkan khas di bawah akta itu mengkehendaki kehadiran ibu bapa atau penjaga sebelum seseorang kanak-kanak ditemuramah atau disoal siasat pihak berkuasa, tetapi Suhakam berpendapat tindakan itu  mencabuli semangat asas akta tersebut,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Isu di SK Seri Pristana bermula apabila seorang penjaga murid di sekolah tersebut yang memuat naik gambar murid bukan Islam makan di dalam bilik persalinan ke laman Facebook sehingga mencetuskan polemik kaum.

Lake Tee seterusnya mendakwa, Akta Kanak-kanak 2001 juga selari dengan empat prinsip asas Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) termasuk tiada diskriminasi, hak kepada nyawa dan kelangsungan dan perkembangan serta tumpuan terhadap kepentingan terbaik kanak-kanak.

Dakwanya, Artikel 5 CRC turut menekankan keperluan menghormati hak dan tanggungjawab ibu bapa untuk memberi arah tuju dan panduan yang bersesuaian kepada anak
mereka dengan cara yang selaras dengan keupayaan perkembangan mereka.

Menurutnya, panduan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Keadilan dalam Hal-hal berkenaan Mangsa dan Saksi Kanak-kanak bagi Jenayah juga menekankan keperluan untuk menguruskan mangsa dan saksi jenayah secara berhati-hati seperti yang terdapat dalam Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak.

Justeru, beliau meminta pihak polis dan semua sekolah supaya sentiasa bertindak berdasar kepentingan kanak-kanak tersebut dan memastikan tindakan polis menemuramah pelajar sekolah tanpa persetujuan dan kehadiran ibu bapa tidak berlaku pada masa hadapan.

Jelasnya, jika terdapat keperluan untuk menyoal mana-mana kanak-kanak, temuramah tersebut harus dijalankan atas persetujuan dan dengan kehadiran ibu bapa atau penjaga mereka serta menerusi satu kaedah yang “sensitif terhadap kanak-kanak” oleh individu profesional.

“Suhakam mahu mengesyorkan pihak berkuasa mengkaji amalan dan prosedur berkenaan temuramah polis ke
atas pelajar sekolah dan mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang bersesuaian sertamengeluarkan panduan yang bersesuaian untuk menangani perkara ini,” katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment