Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 24, 2013

No Comment


CHICAGO – Seorang juruterbang sebuah pesawat ringan mengejutkan penduduk di sini apabila terpaksa melakukan pendaratan cemas di lebuh raya utama Chicago kelmarin.

Juruterbang pesawat berenjin satu itu terpaksa berbuat demikian kerana mengalami masalah mekanikal pada awal pagi Ahad kelmarin.

Juruterbangnya, John Pedersen memberitahu akhbar Chicago Sun-Times bahawa dia sedang terbang di atas tasik pada pukul 6 pagi apabila komponen enjin pesawat yang dipandu mengalami kerosakan. Keadaan itu menyebabkan pesawat tersebut bergegar.

“Saya fikir pesawat ini akan pecah,” kata Pedersen.

Menurut pegawai penguat kuasa, juruterbang itu bertindak mendarat di lorong menuju ke utara lebuh raya Lake Shore Drive dekat taman rekreasi Grant Park.

“Risiko sentiasa ada. Jadi, saya perlu mencari tempat mendarat yang selamat,” kata Pedersen yang menjadi juruterbang sejak lima tahun lalu itu.

Pegawai polis di Chicago berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pedersen, 51, dari pinggir bandar Chicago Lombard berkata, dua buah kereta melanggar sayap kiri pesawatnya selepas dia mendarat tapi kereta itu berlalu pergi. – AP

0 comments:

Post a Comment