Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 24, 2013

No Comment


DHAKA – Lebih 100 kilang pakaian di Bangladesh terpaksa ditutup semalam selepas beribu-ribu pekerja mogok kerana menuntut gaji minimum AS$100 (RM328) dengan seramai 50 orang cedera dalam pertempuran, kata polis dan beberapa saksi.

Industri pakaian penting untuk ekonomi Bangladesh manakala gaji murah dan akses bebas cukai ke pasaran Barat membantu menjadikan negara itu pengeksport pakaian kedua terbesar selepas China.

Namun, industri bernilai AS$20 bilion (RM65.6 bilion) itu menjadi tumpuan susulan beberapa insiden berdarah termasuk sebuah kilang yang runtuh dan meragut lebih 1,130 nyawa pada April lalu.

Pekerja sektor berkenaan mengadakan protes untuk hari ketiga berturut-turut semalam. Mereka bertindak menghalang laluan utama dan menyerang beberapa kenderaan di Zon Industri Savar, dekat sini.

Sekurang-kurangnya 50 orang termasuk beberapa anggota polis cedera dalam bantahan tersebut.

Beberapa saksi berkata, polis menembak gas pemedih mata dan peluru getah manakala penunjuk perasaan pula membaling kayu ke arah pasukan keselamatan.

“Sekumpulan pekerja turut merosakkan kilang-kilang,” kata polis.

Pihak berkuasa memberitahu, polis terpaksa menggunakan kekerasan untuk mengembalikan ketenteraman kerana pekerja-pekerja tersebut terus berdegil dan bertindak ganas.

Gaji minimum di Bangladesh adalah AS$38 (RM124) iaitu separuh daripada gaji pekerja kilang pakaian di negara berkenaan.

Setakat ini, pihak kerajaan masih berunding dengan kesatuan sekerja dan pemilik kilang-kilang terbabit berhubung tuntutan tersebut. – Reuters

0 comments:

Post a Comment