Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 21, 2013

No Comment

TAGBILARAN – Institut Gunung Berapi dan Gempa Filipina (Phivolcs) mencatat 2,000 gegaran susulan sejak gempa melanda wilayah Visayas di tengah negara itu, lima hari lalu, dengan angka korban mencapai 185, semalam.

Angka sebenar gegaran susulan itu mungkin mencapai 3,000 jika Phivolcs ada sebuah lagi stesen di kawasan paling teruk dilanda gempa iaitu Bohol untuk mencatatnya, kata jurucakap institut berkenaan, Dr Jane Punongbayan.

Antara gegaran susulan terkuat berlaku petang Jumaat lalu di bandar Catigbian.

“Ia kedengaran seperti bunyi bergegar. Saya dengar bumbung runtuh dan suara menangis,” kata Punongbayan ketika bersama pasukannya meninjau bandar itu.

“Penduduk mungkin tidak kisah merasai dua hingga tiga gegaran sehari tetapi satu daripadanya agak kuat.

“Dalam masa beberapa hari, mungkin ada gempa yang akan meruntuhkan lagi bangunan yang sudah rosak,” katanya lagi.

Gegaran setiap 10 minit

Semakin dekat dengan pusat gempa itu, gegaran berlaku setiap 10 minit. Gegaran akan terhenti dalam masa dua hingga tiga minggu, kata Phivolcs.

Angka korban tertinggi adalah di Bohol dengan 172 kematian, 120 daripada mangsa maut dihempap bangunan, kata pegawai penerangan di pulau itu, Augusto Escopia.

“Kami anggarkan 180 hingga 185 orang maut di Bohol saja,” katanya, sehari selepas pihak berkuasa menamatkan operasi mencari mangsa dan menumpukan kepada usaha mencari mayat.

Gempa magnitud 7.2 yang melanda lima hari lalu juga menyebabkan 13 kematian di Cebu dan Siquijor, kata Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan.

Masalah terbesar yang dihadapi 1.2 juta penduduk Bohol ialah keperluan untuk tempat berteduh selepas beribu-ribu kediaman musnah atau rosak.

“Penduduk takut pulang kerana masih ada gegaran susulan. Ada kediaman yang retak. Mereka takut untuk masuk ke dalam,” kata Escopia.

Terletak kira-kira 600 kilometer dari Manila, Bohol terkenal dengan keindahan pantainya.

Beribu-ribu orang kini berkhemah di tempat terbuka di depan rumah atau bangunan runtuh.

Lebih 370,000 orang kehilangan tempat tinggal manakala 36,000 kediaman rosak di Bohol kerana gempa itu.

Banyak kumpulan bantuan tempatan dan asing kini menghantar bantuan termasuk keperluan asas kepada mangsa, katanya lagi. – AGENSI

0 comments:

Post a Comment