Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 21, 2013

No Comment

TOKYO – Seorang pemilik restoran di utara Jepun, mempunyai cara tersendiri untuk mengendalikan restorannya, iaitu dengan menggunakan khidmat dua ekor monyet sebagai pelayan.

Restoran tersebut iaitu Kayabuki, menggunakan khidmat monyet yang diberi nama Yat-chan dan Fuku-chan.

Untuk menjadikan monyet-monyet tersebut lebih berciri `kemanusiaan’ binatang tersebut diberi pakai topeng muka.


Percayakah anda jika dikatakan bahawa dua ekor monyet ini diberikan kelulusan oleh pihak berkuasa tempatan untuk bekerja di restoran.

Menurut pemilik restoran berkenaan, Kaoru Otsuka, Yat-chan yang berusia 16 tahun itu lebih tua daripada Fuku-chan dan kedua-duanya bergerak dengan pantas ketika bekerja.

“Fuku-chan bertugas memberikan tuala panas dan membantu pelanggan mencuci tangan manakala Yat-chan pula mengambil pesanan minuman,’’ katanya.

Jelas Otsuka, Yat-chan mempelajari cara mengambil pesanan selepas melihat dia melakukan pekerjaan tersebut.

“Pada suatu hari, saya meminta Yat-chan memberikan tuala panas kepada pelanggan dan dia berjaya melakukannya,’’ katanya.

Pelanggan yang berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh monyet tersebut akan memberikan kacang soya sebagai tip.

Dalam pada itu, seorang pelanggan berkata, mengupah monyet sebagai pelayan ada kalanya lebih baik daripada manusia yang tidak mampu melakukan kerja dengan betul.

Jika pelanggan meminta tambahan bir, maka monyet tersebut dengan cepat mengambilnya.

0 comments:

Post a Comment